awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma

Bernama
Bernama
14/01/2024
06:45 MYT
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Di Johor, 606 orang berlindung di empat PPS di Mersing, 254 orang di empat PPS di Kota Tinggi, 153 orang di dua PPS di Kluang, 88 orang di dua PPS di Segamat dan 23 orang di sebuah PPS di Batu Pahat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah itu meliputi 1,124 orang daripada 319 keluarga yang berlindung di 13 PPS di lima daerah di Johor dan 718 orang daripada 215 keluarga di lima PPS di Pahang.
Di Johor, 606 orang berlindung di empat PPS di Mersing, 254 orang di empat PPS di Kota Tinggi, 153 orang di dua PPS di Kluang, 88 orang di dua PPS di Segamat dan 23 orang di sebuah PPS di Batu Pahat.
Di Pahang pula, 573 mangsa direkodkan masih berada di tiga PPS di Pekan manakala 145 orang berada di dua PPS di Rompin.
Tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Terengganu berada pada paras bahaya tengah hari ini.
Di Johor, sungai terlibat ialah Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Muar di Segamat, Sungai Endau di Kluang dan Sungai Muar di Segamat manakala di Pahang pula melibatkan Sungai Pahang di Pekan, Bera dan Maran serta Sungai Rompin.
Selain itu, Sungai Perak di Hulu Perak, Sungai Arau di Perlis, Sungai Kedah di Kota Setar dan Sungai Terengganu di Kuala Terengganu.
Nadma turut memaklumkan terdapat 46 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Ladang Siang di Kota Tinggi, Johor, Jalan Kuala Mentiga-Terapai di Pekan, Pahang dan Jalan Bukit Besi-Dungun di Dungun, Terengganu.
Selain itu, Nadma memaklumkan 47 orang daripada 12 keluarga masih berlindung di sebuah PPS di Tawau, Sabah manakala 38 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Kuching, Sarawak ekoran insiden kebakaran.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir johor
#banjir pahang
#angka mangsa
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan