KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,956 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 18 iaitu dari 30 April hingga 6 Mei, peningkatan 181 kes atau 10.2 peratus berbanding 1,775 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata dua kematian akibat komplikasi demam denggi juga dilaporkan pada ME 18.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini ialah 38,933 kes berbanding 13,650 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan 25,283 kes atau 185.2 peratus.
"(Sehingga kini) sejumlah 24 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding tujuh kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata 87 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 103 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 49 lokaliti berada di Selangor, Pulau Pinang (19), Sabah (tujuh), Kuala Lumpur dan Putrajaya (lima), masing-masing tiga di Kedah dan Perak serta satu di Johor.
Selain itu, Dr Muhammad Radzi berkata survelan chikungunya merekodkan tiga kes pada ME 18 dengan masing-masing satu kes dari Kedah, Melaka dan Johor.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 127 kes dan bagi survelan zika pula, sebanyak 1,029 sampel darah dan 41 sampel urin telah dijalankan saringan dan hasil kesemuanya adalah negatif.
Beliau berkata cuaca panas yang berselang-seli dengan hujan berpotensi menyumbang peningkatan populasi nyamuk aedes di persekitaran memandangkan kitaran hidup nyamuk daripada fasa telur sehingga dewasa akan menjadi lebih pendek.
"Selain itu, nyamuk aedes betina akan menggigit dengan lebih kerap semasa musim panas bagi penghasilan telur dan darah merupakan sumber protein yang diperlukan bagi proses tersebut.
"Pergerakan masyarakat semasa cuti perayaan juga meningkatkan risiko jangkitan denggi kerana virus denggi dipindahkan secara gigitan nyamuk ke individu lain setelah nyamuk tersebut menggigit pesakit denggi yang tidak bergejala," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
87 lokaliti hotspot denggi dilaporkan minggu ini berbanding 103 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya, dengan paling banyak, 49 lokaliti di Selangor. - Gambar hiasan
Tokoh agama terkenal India sertai Persidangan Ketua-Ketua Agama di Kuala Lumpur
Cendekiawan terkenal India Syed Salman Chishty akan menyertai Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.
AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain.
Forum Putrajaya 2024: Perkuat diplomasi pertahanan, manfaatkan teknologi baharu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menekankan pentingnya meningkatkan diplomasi pertahanan dan memanfaatkan teknologi baharu untuk menangani ancaman bukan tradisional dan trend yang muncul.
Ancaman keselamatan perlu tindak balas secara kolektif - PM
Cabaran utama ketika ini ialah berinovasi dengan pelbagai cara sebagai benteng negara untuk menghadapi pelbagai ancaman, serta meletakkan asas bagi dunia di mana generasi masa hadapan boleh membangun dalam keamanan, pertahanan yang kukuh dan perkongsian strategik.
Aktiviti Carigali kian pesat, fokus di Sabah dan Sarawak
Penerokaan perairan laut dalam Malaysia dijangka semakin pesat apabila lebih banyak pelaburan ditujukan ke kawasan yang kurang diteroka.
Firma BMI berkata Malaysia telah pun menemui kejayaan dalam pembangunan laut dalam, dan dengan kerajaan memberikan blok air dalam tambahan untuk penerokaan, usaha akan dipergiatkan lagi pada 2024 dan seterusnya.
Firma BMI berkata Malaysia telah pun menemui kejayaan dalam pembangunan laut dalam, dan dengan kerajaan memberikan blok air dalam tambahan untuk penerokaan, usaha akan dipergiatkan lagi pada 2024 dan seterusnya.
Syor Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan diteliti - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan meneliti cadangan menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan.
Pasaran Malaysia stabil bagi suku pertama 2024
Pasaran hartanah Malaysia bagi suku pertama 2024 dilaporkan stabil dengan penurunan suku ke suku sebanyak 1.1% dalam Indeks Permintaan Jualan manakala Indeks Bekalan Jualan turun 4.4%, kata PropertyGuru.
Mahalini dilapor bakal pindah agama, menikah secara Islam dengan Rizky Febian
Proses ini dipercayai sebagai petanda bahawa Mahalini yang pada asalnya beragama Hindu akan mengikuti agama calon suaminya iaitu Rizky Febian.
Johor kini pasaran pusat data terbesar di Malaysia
Laman sumber Baxtel mengklafisikasikan Johor sebagai pasaran pusat data terbesar di Malaysia sekarang, apabila syarikat multinasional (MNC) dengan kehadiran serantau mencurahkan pelaburan ke negeri itu.
Baxtel meletakkan Johor sebagai pasaran pusat data kesembilan terbesar di Asia Pasifik.
Baxtel meletakkan Johor sebagai pasaran pusat data kesembilan terbesar di Asia Pasifik.
Polis rakam keterangan editor portal Bahasa Inggeris
: Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City, pada Isnin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu terbabit hadir memberi keterangan pada jam 8.30 pagi iaitu diawalkan berbanding waktu asal yang ditetapkan pada jam 11 pagi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu terbabit hadir memberi keterangan pada jam 8.30 pagi iaitu diawalkan berbanding waktu asal yang ditetapkan pada jam 11 pagi.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.
Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.
Kes demam denggi di Sabah meningkat tiga kali ganda
Sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 150 peratus - Datuk Bandar
Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), yang didorong dengan musim hujan berterusan sejak awal bulan Mei lalu.