awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10,000 penumpang terjejas susulan penggantungan operasi MYAirline

Astro Awani
Astro Awani
12/10/2023
08:30 MYT
10,000 penumpang terjejas susulan penggantungan operasi MYAirline
Syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd dalam satu kenyataan awal pagi ini memaklumkan menggantung operasinya berkuat kuasa hari ini hingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 10,000 ribu penumpang daripada 39 penerbangan terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.
Angka berkenaan melibatkan jadual penerbangan sehingga hari ini (12 Oktober).
Perkara berkenaan dimaklumkan Malaysia Airports menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Bagaimanapun syarikat berkenaan memaklumkan keadaan di lapangan terbang yang terkesan akibat adalah terkawal.
Malaysia Airports turut menasihatkan penumpang yang belum berada di lapangan terbang untuk tidak datang ke lapangan terbang.
Sebaliknya, mereka boleh mencari pilihan penerbangan alternatif menerusi syarikat penerbangan lain.
Malaysia Airports juga memaklumkan telah menyusun sumbernya di lapangan terbang dalam rangkaiannya untuk memberikan bantuan kepada penumpang yang terjejas selepas pengumuman penggantungan operasi MYAirline pada pagi tadi.
Bagi penumpang yang terjejas di KLIA, Malaysia Airports juga sudah menyediakan, kawasan rehat di Aras 3 Terminal 2 dan Aras 5 Anjung Tinjau Terminal 1 supaya penumpang boleh menunggu penerbangan seterusnya dengan selesa.
Topic Berkaitan
#MYAirline
#gantung operasi
#penumpang terjejas
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan