10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 5, 2019 15:36 MYT
10 berita yang paling menjadi tumpuan di Astro AWANI sepanjang hari ini (Sabtu, 5 Oktober 2019).
DARI pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 5 Oktober 2019.
1) Tular: Polis terima laporan doktor dibelasah di Bandar Baru Bangi
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya menerima laporan daripada doktor lelaki itu sendiri.
2) Serbuan di klinik Dr Hamid Arshat demi kepentingan ramai, bukan perkauman
Serbuan dibuat selepas premis itu didapati masih gagal berdaftar sebagai klinik walaupun diberi peluang disamping menjual barangan yang tidak didaftar di bawah bahagian farmasi.
3) Jangan lupa, BN jatuh kerana Tun Mahathir dalam PH
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menulis bahawa mana-mana individu yang mempertikaikan kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara harus dipersoalkan.
4) Papua dan Indonesia, bersama atau berpisah?
Sekalipun mereka menggelarkan diri mereka sebagai “Bangsa Indonesia”, namun realitinya Indonesia terbahagi kepada dua kumpulan linguistik iaitu Austronesia dan Melanesia.
5) Ambil tindakan pihak jual cecair nikotin atas talian
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kementerian memandang serius iklan penjualan vape di atas talian dan mengalu-alukan langkah SKMM menyekat iklan seumpama itu.
6) Quartararo sambar petak pertama GP Thailand
Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu sekali lagi membuktikan kehebatan selaku pelumba muda dalam kelas MotoGP apabila menyambar petak utama pada perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand.
7) Dalam berpolitik, gunakan pengaruh untuk beri manfaat kepada rakyat - Anwar
Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata, semangat Addabani Rabbi ini membuatkan seseorang tidak akan cenderung ke arah politik sempit, mengadu domba, perkauman termasuk rasuah.
8) 'Sampai jatuh sakit' - Ini yang terbuku di hati Angelina Jolie selepas berpisah dengan Brad Pitt
Aktres jelita Angelina Jolie meluahkan isi hatinya apabila mengakui perceraian dengan bekas suami, Brad Pitt memberi kesan besar kepada dirinya termasuk berasa “tidak mengenali diri” sendiri.
9) Tak tergamak dedah keputusan peperiksaan, pelajar sudahnya gantung diri di hari konvokesyen
Seorang pelajar, Nicholas Turner, 23, membunuh diri di rumah keluarganya pada hari dia sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen.
10) Sedihnya... enam gajah ini mati akibat terjatuh ke kaki air terjun
Enam ekor gajah liar mati setelah terjatuh ke kaki sebuah Air Terjun Haew Narok yang terletak di Taman Negara Khao Yai, Thailand, pada Sabtu.
#Astro Awani #berita antarabangsa #berita dalam negara #berita pilihan #pilihan pembaca