10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 7, 2019 15:09 MYT
November 7, 2019 15:09 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 7 November 2019.
Pergerakan tanah masih wujud di sekitar kawasan runtuhan di Jalan Ion De Element, Genting Highlands yang berlaku pada Selasa lalu.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembangunan Kesenian Kebudayaan) oleh Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Misi membawa pulang ahli perniagaan dikehendaki, Low Teik Jho atau Jho Low bukan sesuatu perkara yang mudah, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan faktor petunjuk yang tidak tepat termasuk khabar angin.
Blok pembangkang hari ini mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kajian menyeluruh dalam cadangan untuk memendekkan tempoh reman tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) daripada 28 hari ke 14 hari.
Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle di Bayan Lepas, Pulau Pinang petang Khamis.
Seorang penggangur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana menumbuk ibunya yang mandi berbogel.
Kurang kesedaran mengenai masalah peluh berlebihan atau hyperhidrosis membuatkan ramai yang menghidapinya tidak mendapatkan rawatan dan menganggap ia perkara yang normal.
Rakyat Malaysia yang majoriti pengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah akan menyambut Maulid Nabi pada Sabtu, 9 November bersamaan 12 Rabiul Awwal 1441 Hijrah.
Pada Ahad lalu, penulis skrip dan pengarah filem kelahiran Sarawak James Wan mengumumkan perkahwinannya bersama aktres Jerman, Ingrid Bisu.