10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 20, 2019 15:00 MYT
Disember 20, 2019 15:00 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Jumaat, 20 Disember 2019.
Lima sekeluarga maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 427.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara dekat Bukit Beruntung awal pagi tadi.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitan beliau dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pukul 2.15 petang, hari ini.
Seramai 60 individu daripada 13 buah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Kovil Hilir, Jalan Ipoh hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran petang Jumaat.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai pemimpin luar biasa oleh rakyat Palestin terutama dalam usaha beliau membangunkan ummah.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru barisan kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang agar sentiasa bersatu padu demi keutuhan agama Islam pada masa akan datang.
Polis memberkas seorang lelaki yang dipercayai telah menceroboh masuk asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan merampas 86 unit telefon bimbit, enam unit komputer riba, lima kad pengenalan dipercayai milik pelajar, satu kad pelajar dan lima beg hitam, dipercayai barangan curi.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, ketidakstabilan akan tecetus sekiranya, kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong terus menyentuh sensitiviti kaum lain di negara ini.
Setiap lapisan sistem pendidikan pada masa kini bukan hanya berfungsi untuk mengajar, sebaliknya menjadi platform meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dan penuntutnya.
Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyasarkan nilai kelab Harimau Selatan itu bakal mencecah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang.
Aktres terkenal, Farah Nabilah, 27, selamat bergelar isteri kepada Mohammed Amirul Yunus, 28, malam ini.
#Altantuya Shaariibuu
#Astro Awani
#berita antarabangsa
#berita Malaysia
#berita pilihan
#JDT
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Najib Razak
#Sultan Ibrahim
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong