awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Lelaki berpakaian wanita: JAWI panggil jalankan siasatan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumpah laknat: "Saya tidak pernah jumpa, tidak mengenali Altantuya" - Najib Razak

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
20/12/2019
06:42 MYT
Sumpah laknat: "Saya tidak pernah jumpa, tidak mengenali Altantuya" - Najib Razak
Najib Razak mengangkat tangan selepas melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Turut kelihatan isteri beliau, Rosmah Mansor. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitan beliau dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pukul 2.15 petang, hari ini.
Beliau mengangkat lafaz sumpah di dalam masjid sejurus selepas selesai solat Jumaat.
"Saya Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut.
“Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama Altantuya Shaariibuu.
“Malah saya tidak pernah berjumpa dan tidak mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta, maka laknatlah Allah SWT atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT,” kata Najib melafazkan sumpah berkenaan di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini.
BACA: Apa maksud sebenar sumpah laknat?
BACA JUGA: Kes bunuh Altantuya: Teks penuh akuan bersumpah Azilah Hadri
Ahli Parlimen Pekan itu diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah serta dua orang anaknya, Mohd Nizar Mohd Najib dan Nooryana Najwa.
Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta dua orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Najib melakukan sumpah laknat itu bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya.
BACA: Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak
BACA: 'My father is not a murderer' - anak perempuan Najib Razak
Topic Berkaitan
#Altantuya Shaariibuu
#bekas perdana menteri
#Najib Razak
#sumpah laknat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan