10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 19, 2019 15:23 MYT
Disember 19, 2019 15:23 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Khamis, 19 Disember 2019.
Hasrat dua sahabat baik untuk pergi ke pekan Sungai Petani untuk membeli barangan persiapan sekolah bertukar tragedi apabila kedua-dua maut dalam kemalangan.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019 memberi gambaran jelas terhadap kelemahan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Perkara itu, Dr Mahathir sendiri pernah suarakan pada satu masa dahulu, bagi mengekang penguasaan matawang dolar AS ke atas negara yang sedang membangun.
Walaupun tidak menyebut secara terang-terangan nama pertubuhan itu, Erdogan dipercayai menuju kritikannya ke arah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.
Presiden Iran Dr Hassan Rouhani menyuarakan kesediaan Iran untuk bekerjasama dengan negara Islam lain dalam menangani kesukaran dan tekanan dari kuasa-kuasa luar khususnya dalam ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).
Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) ketiga dalam sejarah yang diundi oleh Dewan Perwakilan untuk didakwa menerusi perbicaraan di Dewan Senat atas kesalahan menyalah guna kuasa.
Penyanyi terkenal, Nora Ariffin mengimbau detik kenangan bersama arwah anaknya, Alif sewaktu hayatnya.
Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram Story miliknya.
Penduduk terkejut apabila mendapati bunyi kuat tersebut sebenarnya adalah kesan hentaman tubuh lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat 17 rumah pangsa berkenaan.
Wanita menghidap penyakit misteri hingga berat badan naik mencecah 200 kilogram (kg) yang meninggal dunia malam tadi di Kampung Gaung, Tendong, di sini selamat dikebumikan.
Nama pelakon Indonesia, Vanessa Angel sekali lagi heboh diperkatakan apabila wanita itu dilaporkan berkahwin secara senyap-senyap dengan pasangannya yang hanya dikenali sebagai F.