10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 4, 2020 14:46 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Sabtu, 4 Januari 2020.
1) "Mungkin Maszlee ada kelemahan, itu normal" - Abang Jo
Itu ulasan ringkas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung peletakan jawatan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Khamis lalu.
2) Terserah kepada PM tentukan pengganti Maszlee - Guan Eng
Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan bersama bagi mencari pengganti kepada Dr Maszlee Malik yang telah meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
3) Tiada keperluan PH bermesyuarat untuk pilih pengganti Maszlee - Bersatu
Tidak wujud keperluan untuk Pakatan Harapan (PH) bermesyuarat bagi memilih Menteri Pendidikan yang baharu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
4) PRK Kimanis adalah "friendly election" - Calon BN
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin menyifatkan pertembungan dengan calon Pakatan Harapan (PH) - Warisan, Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis sebagai “friendly election”.
5) Atlet angkat berat OKU, Muhammad Ata maut dalam kebakaran
Atlet angkat berat kategori Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Ata Maarof maut akibat melecur 80 peratus tubuhnya apabila kediaman yang dihuni bersama ibunya di Taman Pagoh Jaya, di sini terbakar dalam kejadian pada tengah hari Sabtu.
6) Kerusi CRS: Jangan pertaruh nyawa anak semata-mata ingin jimatkan wang! - Pakar
Demikian saranan Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Kulanthayan KC Mani yang menasihati ibu bapa agar tidak terpedaya dengan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) yang murah.
7) Tiga penuntut Malaysia cedera dalam insiden rompakan di Afrika Selatan
Tiga penuntut warganegara Malaysia di University of Newcastle cedera dalam satu insiden rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada Jumaat malam.
8) Pembunuhan Soleimani jenayah terbesar Amerika Syarikat - Iran
Presiden Iran, Hassan Rouhani menziarahi ahli keluarga Jeneral Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad pada Jumaat.
9) Kebakaran hutan Australia: Langit bertukar merah darah di Mallacoota
Susulan kebakaran hutan yang semakin buruk di Australia, langit di Mallacoota dilihat berwarna merah darah.
10) Cameron Diaz dikurniakan anak perempuan pada usia 47 tahun
Pelakon terkenal Hollywood, Cameron Diaz, dikurniakan bayi perempuan yang diberikan nama Raddix Madden.
#Astro Awani #berita antarabangsa #berita dalam negara #berita luar negara #berita pilihan