10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 10, 2020 15:36 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai pilihan berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 10 Januari 2020.
1) Tun Mahathir pangku jawatan Menteri Pendidikan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu.
2) Proton Perdana kekal kenderaan rasmi menteri, timbalan menteri
Proton Perdana kekal sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
3) JPJ Sabah siasat video tular pegawai pukul orang awam
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menyiasat video tular melalui WhatsApp memaparkan seorang penunggang motosikal dipukul individu yang baru turun dari sebuah kenderaan JPJ.
4) Latheefa patut letak jawatan - Azwan Bro
Bekas Senator Dewan Negara, Khairul Azwan Harun mendesak supaya Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya meletak jawatan bagi menjaga imej serta intergriti SPRM daripada terus tercemar.
5) Anggota polis maut motosikal bertembung lori sawit
Seorang Penolong Pegawai Penyiasat Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Machap, di sini petang Jumaat.
6) Wanita terbunuh, anak dan adik cedera parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut manakala adik dan anaknya cedera parah selepas kereta dipandu hilang kawalan lalu melanggar pokok sebelum terbabas ke dalam parit di Jalan Salim-Stabau di sini pada pagi Jumaat.
7) Kimanis Memlih: 'Cukuplah tidur dalam kereta' - Shafie Apdal
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal antara pemimpin yang mempunyai jadual yang padat sepanjang kempen Pilihan Raya (PRK) Kimanis yang memasuki hari ketujuh kempen, hari ini.
8) Syed Saddiq sedia dicabar pada pemilihan Bersatu
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara terbuka berkata, beliau sedia dicabar dalam jawatan berkenaan pada pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
9) 13 maut dalam kejadian letupan masjid di Pakistan
Satu kejadian letupan telah berlaku di sebuah masjid di bandar Quetta di barat daya Pakistan pada Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya 13 individu, termasuk seorang pegawai kanan polis.
10) Bahana #Megxit, patung Harry, Meghan di Madame Tussauds 'hilang'
Muzium patung lilin terkemuka, Madame Tussauds London telah mengambil keputusan mengalihkan patung Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle daripada barisan patung keluarga diraja British.
#Astro Awani #berita antarabangsa #berita dalam negara #berita pilihan