MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai pilihan berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 11 Januari 2020.
1) Mereka salam dengan saya, dan minta maaf - Najib
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mendakwa golongan belia kecewa selepas memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya lalu.
2) Kerajaan terpaksa pilih kereta lain kerana Proton Perdana tidak lagi dijual - Guan Eng
Proton Perdana kini tidak lagi dijual dalam pasaran, sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa memilih kereta jenis lain, sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri.
3) Tersalah masuk 'gear', warga emas rempuh restoran
Gara-gara tersalah masuk 'gear' kenderaan seorang warga emas secara tidak sengaja merempuh masuk ke sebuah premis makanan di Jalan Prima Setapak 3, ibu negara, pada Sabtu.
4) Gara-gara ditegur, pelajar tingkatan 3 tergamak hempas guru ke lantai
Hanya kerana menegur seorang pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen ke sekolah, seorang guru lelaki telah ditumbuk dan dihempas pelajar berkenaan ke lantai.
5) Penjual ikan ditahan, raba kemaluan pelanggan di pasar
Seorang penjual ikan diberkas di Pasar Lahad Datu, pada pagi Sabtu selepas disyaki menyentuh kemaluan seorang wanita yang sedang memilih ketam.
6) Enam pelanggan bank muntah, pening dan sesak nafas
Enam pelanggan sebuah bank di Sungai Bakap, Nibong Tebal mengalami pening, muntah dan sesak nafas selepas terhidu semburan racun serangga dalam kejadian di premis tersebut pada Sabtu.
7) Op Ice Breaker: 247 'port' digempur, 1609 penagih ditahan
Seramai 1,609 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah selepas pihak polis berjaya menggempur 247 sarang penagihan dadah di seluruh negara.
8) Tsai Ing-Wen kekal Presiden selepas menang pilihan raya Taiwan
Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen secara rasmi telah memenangi pemilihan semula dalam pilihan raya Taiwan yang diadakan pada Sabtu.
9) Presiden Iran mohon maaf, tekad bawa pelaku ke muka pengadilan
Presiden Iran, Hassan Rouhani hari ini memohon maaf dan melahirkan rasa kesal beliau terhadap tragedi menembak jatuh pesawat penumpang Ukraine yang meragut 176 nyawa pada Rabu lalu.
10) "Kami telah sedaya upaya cuba selamatkan perkahwinan.." Jaclyn dan Shawn bercerai
Rumah tangga penyanyi, Jaclyn Victor dan vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ yet, Shawn Rivera yang terbina sejak lima tahun lalu dikhabarkan berakhir.