MALAYSIA

10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 30/04/2020 | 15:10 MYT
Antara berita paling menarik perhatian sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 30 April 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1)
COVID-19: 84 kes pulih, 57 kes baharu, 2 kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 84 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih COVID-19 sebanyak 4,171 kes.

2) PKP: Kerajaan akan benarkan IKS beroperasi - Ismail Sabri

Kerajaan akan membenarkan Perusahaan kecil dan sederhana (IKS) kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

3) Mutasi ganas berkemungkinan dari strain B - Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan satu strain mutasi yang dikesan bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain berkemungkinan berasal dari strain B.

4) Kilang gagal patuh SOP berdepan tindakan termasuk ditutup - KP Kesihatan

Semua kilang yang dibenarkan beroperasi tetapi gagal mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) akan berdepan tindakan tegas termasuk penutupan premis.

5) COVID-19: Tiga negeri termasuk dua zon merah, catat tiada kes aktif - CPRC KKM

Tiga negeri termasuk dua daerah Zon Merah COVID-19 iaitu Kota Bharu, Kelantan dan Hilir Perak, Perak menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencatatkan sifar atau tiada kes aktif, setakat 12 tengah hari semalam.

NORMAL BAHARU

1)
Normal Baharu: Sufian Suhaimi manfaatkan tempoh PKP untuk perbaiki diri

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Matamu, beliau tidak memandang tempoh PKP sebagai satu kekangan namun ia satu peluang untuk menimba ilmu demi memperbaiki diri, perniagaan dan karier muziknya.

2) COVID-19: Menghadapi kebekuan ekonomi atau bersedia menampung keruntuhan

Apa yang kita hadapi hari ini adalah peperangan. Sebuah peperangan melawan musuh yang ghaib. Dari kejadian kelaparan hingga ke kekecohan pembelian panik.

3) Normal Baharu: Perkhidmatan kesihatan dalam talian dapat sambutan menggalakkan

Perkhidmatan kesihatan dalam talian yang diperkenalkan empat tahun lalu, DoctorOnCall terus mendapat sambutan menggalakkan banyak pihak susulan pandemik COVID-19.

4) SOP ketat tetap dilaksanakan walaupun penerbangan bertambah

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata prosedur operasi standard (SOP) ketat tetap dilaksanakan walaupun terdapat pertambahan dalam penerbangan domestik.

5) MCO provides opportunity for children to learn living skills

Believing that knowledge is not confined to only in classrooms or school, Norlida Akmar Idros, 37, who is a former media practitioner, is proud of her daughter's baking skills.

#COVID-19 #ekonomi #Kementerian Kesihatan #kerajaan #keselamatan #kesihatan #KKM #Malaysia #Noor Hisham Abdullah #penerbangan