10 berita pilihan sepanjang hari ini
Raja Hisyam Raja Zaid
Mei 3, 2020 15:55 MYT
Mei 3, 2020 15:55 MYT
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 3 Mei 2020.
PERKEMBANGAN ISU COVID-19
87 kes COVID-19 di Malaysia dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 4,413 kes (70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Angka kebolehjangkitan atau R nought (R0) di negara ini boleh meningkat sekiranya rakyat tidak mematuhi arahan yang ditetapkan walaupun kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini peratusan R nought di Malaysia iaitu 0.7 peratus masih pada tahap terkawal.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, kegagalan kontraktor binaan mematuhi garis panduan yang ditetapkan boleh menyebabkan penularan wabak COVID-19 seperti yang berlaku di sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang dengan sebanyak 27 kes baharu dikesan pada Sabtu.
Kementerian Sumber Manusia amat menggalakkan semua majikan, terutama yang beroperasi di zon merah dan kuning COVID-19 supaya memastikan pekerja mereka menjalani saringan COVID-19.
Ini berikutan sektor ekonomi mula beroperasi secara terkawal tertakluk kepada syarat dan prosedur yang ketat di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai Isnin.
Ketua Pengarah KesihataN, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan satu lagi kluster baharu melibatkan tapak pembinaan di Kuala Lumpur selepas 28 pekerja warga asing dilaporkan positif COVID-19.
Jelasnya, KKM sedang menyiasat kemungkinan kumpulan berkenaan mendapat jangkitan daripada kluster lain termasuk Kluster Jemaah Sri Petaling, Pasar Borong dan Kampung Bharu.
"Setelah disiasat pada peringkat awal, ada satu kluster baharu iaitu kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur yang mana jumlah kes ada 28 tetapi tiada pertambahan semalam. Jumlah kes adalah 28 iaitu melibatkan tapak pembinaan Kuala Lumpur," katanya dalam sidang media harian di sini pada Ahad.
NORMAL BAHARU
Bermula 4 Mei ini, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan memanjangkan tempoh waktu puncak sebelah pagi, iaitu bermula 7 pagi hingga 11 pagi bagi membantu melaksanakan inisiatif penjarakan sosial dalam kalangan penggunanya.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Muhammad Nizam Alias berkata, mereka juga akan menempatkan petugas di pintu masuk, serta di platform untuk perkhidmatan tren dan bas, bagi memastikan penumpang mengamalkan disiplin sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamad, langkah tersebut bagi mengelakkan orang ramai tiba serentak pada lokasi-lokasi tertentu khususnya di Kuala Lumpur.
Pergerakan kumpulan pertama pada 7 Mei adalah melibatkan mereka yang terkandas di Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman di negeri lain seluruh negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, warga emas merupakan kumpulan berisiko tinggi yang perlu dilindungi daripada dijangkiti COVID-19. Justeru, mereka disaran mengelakkan kawasan yang sesak dan sempit serta elak bertutur dengan jarak yang dekat.
Keutamaan yang paling genting adalah memastikan semua tempat kerja selamat dari penularan kes COVID-19 yang baru, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye. Oleh itu, majikan perlu memastikan semua langkah telah diambil sebelum syarikat kembali memulakan operasi pada Isnin.
Persatuan Muay Thai Sarawak (PMS) tidak terkecuali daripada menggunakan platform digital dalam memastikan peminat sukan tempur itu terus mengamalkan gaya hidup sihat. Terbaharu, PMS tampil dengan cara berbeza dalam penganjuran kejohanannya. Menariknya, tanpa sebarang perjumpaan atau persentuhan.
#Astro
#Astro Awani
#bas
#Bukit Aman
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#jenayah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Lee Lam Thye
#Malaysia
#Noor Hisham Abdullah
#operasi
#PDRM
#polis
#prasarana
#rumah
#siasatan
#SOP
#warga emas