awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas disaran elak keluar rumah ketika PKPB

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
03/05/2020
10:31 MYT
Warga emas disaran elak keluar rumah ketika PKPB
Warga emas merupakan kumpulan berisiko tinggi yang perlu dilindungi daripada dijangkiti COVID-19. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru warga emas mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak keluar rumah kecuali jika ada urusan yang penting sahaja sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula esok (Isnin, 4 Mei).
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, ia berikutan warga emas merupakan kumpulan berisiko tinggi yang perlu dilindungi daripada dijangkiti COVID-19.
Justeru, mereka disaran mengelakkan kawasan yang sesak dan sempit serta elak bertutur dengan jarak yang dekat.
"Sekiranya perlu ke kawasan umum, mereka digalakkan untuk memakai topeng hidung dan mulut di samping mengambil langkah-langkah pencegahan. Pengamalan tahap kebersihan diri yang tinggi mesti diteruskan, misalnya dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman serta amalkan jarak sosial yang selamat sekurang-kurangya 1 meter.
"Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, warga emas serta orang ramai boleh menghubungi Virtual Health Advisory melalui portal KKM dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari," katanya dalam sidang media harian di sini pada Ahad.
Pada masa sama, warga emas yang perlu mendapat rawatan penyakit kronik di klinik kesihatan dinasihatkan datang untuk rawatan susulan mengikut tarikh dan masa temujanji yang ditetapkan.
"Bagi mengurangkan kekerapan kedatangan dan kesesakan di klinik untuk mengambil bekalan ubat separa, KKM telah menyediakan perkhidmatan farmasi Value Added Service seperti Ubat Melalui Pos (UMP), Locker2U, Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Farmasi Pandu Lalu mengikut kesesuaian perkhidmatan yang ditawarkan.
Dalam pada itu, KKM juga telah memutuskan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 kepada pekerja dan penghuni pusat jagaan warga emas.
"Saringan ini akan dijalankan secara berfasa, dimulakan dengan 17 buah Rumah Sri Kenangan dan Rumah Ehsan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seterusnya akan dijalankan saringan di 357 buah pusat jagaan yang berdaftar di bawah Akta 506 dan 26 buah nursing homes yang berdaftar di bawah Akta 586," ujar beliau.
Pihak Pejabat Kesihatan Daerah sudah diarah mengenalpasti pusat jagaan warga emas swasta termasuk institusi pondok agama di daerah masing-masing bagi memastikan liputan saringan COVID-19 adalah menyeluruh.
Justeru itu pengusaha pusat jagaan swasta digalakkan untuk berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
Topic Berkaitan
#air
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#rumah
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan