MALAYSIA
10 Jawatankuasa Pilihan Khas akan dimaktubkan dalam Peraturan Mesyuarat

Sidang Dewan Rakyat di Blok Utama, Bangunan Parlimen. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: 10 Jawatankuasa Pilihan Khas akan dimasukkan dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, sekali gus menukar status jawatankuasa terbabit kepada jawatankuasa kekal.
Ringkasan AI
- Sepuluh Jawatankuasa Pilihan Khas akan dimasukkan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan menjadi jawatankuasa kekal.
- Jawatankuasa ini menjadi platform rundingan antara kerajaan dan ahli parlimen, mempercepat penyelesaian isu sebelum perbahasan.
- Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 meningkatkan mutu dan keberkesanan perkhidmatan Parlimen.
“Kita juga telah putuskan baru-baru ini untuk masukkan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas dalam Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Maknanya, walaupun kerajaan bertukar, 10 Jawatankuasa Pilihan Khas ini tidak akan berubah.
“Jawatankuasa-jawatankuasa ini memboleh kerajaan dan ahli Parlimen merundingkan sebarang rang undang-undang atau usul yang hendak dibentangkan dalam Dewan Rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
10 Jawatankuasa Pilihan Khas akan dimaktubkan dalam Peraturan Mesyuarat – Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Tambahnya, kewujudan wadah perbincangan antara kerajaan dan ahli-ahli Parlimen melalui intrumen selain perbahasan dalam Dewan Rakyat telah membolehkan pelbagai isu pokok diselesaikan sebelum perbahasan.
“Dengan adanya platform-platform ini, hubungan antara Jemaah Menteri dan ahli-ahli parlimen semakin rapat. Oleh kerana hubungan yang rapat ini, banyak masalah-masalah yang sepatutnya kita boleh selesaikan, dapat diselesaikan dengan lebih pantas.
“Oleh kerana banyak isu diselesaikan lebih awal, lebih mudah untuk kita laksanakan tugasan,” ujarnya.
Selain itu, Johari berkata pengenalan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 juga telah menambah mutu perkhidmatan parlimen sebagai badan perundangan tertinggi negara.
Agenda AWANI: Parlimen menerajui pembangunan terangkum dan mampan ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami