10 lagi nama syarikat terbabit aktiviti penipuan dimasukkan dalam Semakmule - Polis

Rusdi berkata, kesemua syarikat terbabit telah dimasukkan ke dalam pangkalan data Semakmule CCID bagi mengelak orang ramai daripada menjadi mangsa jenayah penipuan. - Gambar fail Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti 10 lagi syarikat dipercayai menjalankan kegiatan penipuan dengan 109 laporan direkodkan dalam tempoh sebulan setakat 31 Dis lepas.
Ringkasan AI
- Polis mengenal pasti 10 syarikat yang terlibat dalam penipuan dengan 109 laporan direkodkan dalam sebulan terakhir.
- Syarikat CVC Grow Star Sdn Bhd dan CVC Group Sdn Bhd merupakan antara syarikat yang mencatatkan jumlah laporan tertinggi.
- Masyarakat dinasihatkan untuk menggunakan Semakmule CCID bagi mengelak menjadi mangsa penipuan melibatkan syarikat yang mencurigakan.
"Selain itu, KGI HK Sdn Bhd sebanyak 16 laporan polis, Greenvale Trading Sdn Bhd (14), Titan Union Trading Sdn Bhd (14), Brightglobal Sdn Bhd (11), RXM IGlobal Solution (10) dan Apek Express Servicess (M) Sdn Bhd sembilan laporan.
"Jangan tertipu dengan tawaran 'kerja mudah' mendaftar syarikat atau perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan membuka akaun bank untuk pihak ketiga, scammer menggunakan ini sebagai pelindung untuk aktiviti haram mereka," katanya dalam kenyataan malam Isnin.
Rusdi berkata, sindiket penipuan menggunakan akaun syarikat atau perniagaan kerana ia membolehkan aliran wang ratusan ribu ringgit sehari tanpa mudah dikesan sepertimana akaun peribadi, selain mangsa lebih mudah percaya untuk memasukkan wang ke dalam akaun atas nama "Syarikat ABC" berbanding akaun bank milik individu.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya memasukkan nama syarikat atau nombor akaun bank yang mencurigakan menerusi Semakmule CCID, dan jika keluar amaran, bermaksud syarikat berkenaan terlibat dalam aktiviti penipuan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


