awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 PATI maut, 29 hilang dalam tragedi bot karam di Tanjung Balau

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
15/12/2021
03:58 MYT
10 PATI maut, 29 hilang dalam tragedi bot karam di Tanjung Balau
Seramai 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) meninggal dunia selepas sebuah bot yang membawa mangsa karam di perairan Tanjung Balau awal pagi tadi. - Foto Maritim Johor
KOTA TINGGI: Sebuah bot yang membawa 60 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) karam akibat cuaca buruk di Tanjung Balau, Johor sekitar pukul 4.30 pagi tadi.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Al Hasra Mohamed berkata, bot yang karam dikesan berada 20 meter daripada kawasan pantai.
"Setakat ini, seramai 10 orang mangsa terdiri daripada enam lelaki dan empat perempuan telah dijumpai meninggal dunia di pesisiran pantai sementara 21 individu terdiri 19 lelaki dan dua perempuan dilaporkan selamat.
“(Manakala) 29 individu lagi masih belum dijumpai dan operasi mencari serta menyelamat sedang diteruskan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Dalam pada itu, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, operasi pencarian dibantu Angkatan Tentera Malaysia dengan penglibatan seramai 40 anggota.
"Maritim Malaysia telah mengaktifkan OP CARILAMAT pada jam 8.50 pagi dan mengatur gerak sepasukan anggota bagi mengesan dan mencari baki mangsa.
"Pesawat AW 139 AGUSTA, kapal KM TEGAS dan bot PETIR 50 turut digerakkan bagi memperkasa operasi tersebut," jelas beliau dalam kenyataan.
Topic Berkaitan
#bot karam
#pati
#lemas
#perairan Tanjung Balau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan