KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting memulakan kempen Terbuka Hylo 2026 dengan langkah kanan apabila berjaya menempah tempat ke pusingan kedua di Saarbrucken, Jerman, semalam.
Pasangan Malaysia itu hanya mengambil masa 35 minit untuk menundukkan lawan dari England, Abbygael Harris-Estelle Van Leeuwen, 21-12, 21-17, dalam aksi pembukaan kejohanan bertaraf Super 500 itu, di Saarlandhalle.
Mereka bakal berdepan pilihan ke lapan dari Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam, yang menewaskan wakil Taiwan, Lin Chih-Chun-Yang Chu Yun, 21-13, 21-9.
Sementara itu, beregu profesional negara, Chia Weijie-Teo Ee Yi gagal menamatkan perlawanan menentang pilihan kedua dari England, Ben Lane-Sean Vendy.
Selepas kalah set pertama 14-21, Weijie-Ee Yi memutuskan menarik diri ketika ketinggalan 7-11 pada set kedua, setelah 20 minit perlawanan berlangsung.
-- BERNAMA