awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
Penemuan enam rangka: Dua beradik didakwa bunuh seorang mangsa
Dua pesawat bergesel di Lapangan Terbang Mumbai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 pelajar asrama akhlak lolos ditangkap dalam keadaan lemah dan lapar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/09/2018
11:02 MYT
10 pelajar asrama akhlak lolos ditangkap dalam keadaan lemah dan lapar
Orang awam yangternampak kelibat pelajar terbabit di kawasan semak dalam keadaan curiga lalu dimaklumkan kepada balai polis Pokok Sena. - Foto Astro AWANI
Tidak sampai 24 jam melarikan diri, 10 pelajar lelaki dari Asrama Akhlak Gajah Mati, Pokok Sena berjaya ditahan semula kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Penahanan itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin.
Katanya, sembilan daripada mereka ditahan di dalam kawasan semak di Kampung Sungai Durian kira-kira dua kilometer dari asrama terbabit manakala seorang lagi berusia 17 tahun menyerah diri jam 5.30 pagi tadi.
Orang awam yang ternampak kelibat pelajar terbabit di kawasan semak dalam keadaan curiga lalu memaklumkan kepada balai polis Pokok Sena.
BACA: 10 pelajar asrama akhlak di Pokok Sena meloloskan diri
Susulan maklumat itu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar bertindak menyerbu lokasi terbabit lalu menemui pelajar itu dalam keadaan lemah dan kelaparan.
Mohd Rozi berkata, 10 pelajar lelaki terbabit dipercayai melarikan diri antara jam 5.30 petang hingga 9.00 malam tadi dan perkara itu disedari pembantu pegawai pembangunan masyarakat yang berada di asrama itu.
Kesemua mereka melarikan diri melalui pintu pagar bahagian belakang asrama dengan cara mengumpil pintu dan memotong pagar.
Mereka yang meloloskan diri ialah sembilan remaja warga tempatan dan seorang warganegara Thailand berusia antara 14 hingga 17 tahun.
Hasil rekod ada diantara mereka mempunyai tiga rekod melibatkan kesalahan dadah dan selebihnya rekod berkaitan kesalahan jenayah.

Topic Berkaitan
#akhlak
#Dadah
#jenayah
#lari asrama
#Lolos
#pelajar
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan