KUALA TERENGGANU: Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.
Kesemua mereka ditemui oleh kapal pembekal kira-kira jam1.40 tengah hari pada kedudukan 80 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu berhampiran pelantar minyak Cendor.
Pegawai Mencari dan Menyelamat (SAR) Maritim Terengganu Leftenan Komander, Mohd Arizan Hakimi Mohd Zin berkata bot berkenaan dikatakan mengalami kerosakan enjin sehingga hanyut berhampiran pelantar terbabit.
Jelasnya lagi, kesemua mangsa yang berusia antara 32 hingga 52 tahun ditemui dalam keadaan selamat dan kini dalam proses membawa pulang.
“Masa bawak balik kita jangkakan lima ke enam jam bergantung pada keadaan cuaca dan bergantung pada keadaan mangsa sendiri.
“Walau bagaimanapun kita cuba cepatkan proses membawa balik memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu, tapi kita cuba sedaya upaya,” katanya selepas menyampaian taklimat kepada keluarga mangsa di Pejabat Maritim Kuala Terengganu pada Jumaat.
Menurut Mohd Arizan Hakimi pihaknya menjangkakan kesemua mangsa akan tiba ke Jeti Maritim Kuala Terengganu kira-kira jam 10 malam nanti bergantung pada keadaan cuaca.
BACA: 10 pemancing, tiga kru bot dikhuatiri hilang
Terdahulu, seramai seramai 10 pemancing bersama tiga kru dikhuatiri hilang di laut selepas bot dinaiki mereka tidak kembali ke daratan seperti yang ditetapkan.
Kesemua mereka berlepas ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu, Kuala Besut dan sepatutnya pulang pada Rabu.
Astro Awani
Fri Jul 01 2022
Kesemua mereka ditemui oleh kapal pembekal kira-kira jam1.40 tengah hari pada kedudukan 80 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu berhampiran pelantar minyak Cendor. - Astro AWANI
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Lelaki hilang disambar buaya ketika memancing
Seorang lelaki yang sedang memancing hilang selepas disambar buaya dalam kejadian di jeti Mantanani di Kota Belud pada Jumaat.
Mohd Hairul tak pulang selepas keluar memancing
Seorang pemuda hilang semasa keluar memancing di kawasan pantai berdekatan Jeti Air Masin, Kukup di sini pada Selasa.
2 pemancing hilang 2 hari di perairan Pulau Tioman ditemui selamat
Dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di perairan berhampiran Pulau Tioman pada Isnin lalu ditemui selamat hari ini.
Remaja terjatuh semasa memancing ditemui lemas
Seorang remaja lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai semasa memancing di Jambatan Kemasul 1, Felda Kemasul di Bentong ditemui lemas hari ini.
Pemancing hilang dipercayai dibaham buaya di Semporna
Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Pegagau dekat sini petang tadi.
Pemancing hilang ditemukan maut dengan kesan gigitan buaya
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing ditemukan mati dengan kesan dipercayai gigitan buaya.
10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat
Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.
18 pemancing, kru bot karam di perairan Langkawi ditemui selamat
Seramai 18 pemancing termasuk kru sebuah bot yang dilaporkan hilang dan karam, dipercayai selepas dipukul ribut di perairan Langkawi ditemui selamat, malam ini.
14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi
Sebuah bot membawa empat kru dan 14 pemancing dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi hari ini.