awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 pengecas EV percuma disediakan di Shah Alam

Bernama
Bernama
04/09/2023
21:15 MYT
10 pengecas EV percuma disediakan di Shah Alam
Nor Fuad (dua, kiri) hadir pada majlis perasmian persidangan antarabangsa EASTS ke-15 yang disempurnakan Hasbi (tiga, kiri) di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam, 4 Sept 2023. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) secara percuma di beberapa lokasi di bawah kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu setakat ini.
Datuk Bandar Shah Alam Nor Fuad Abdul Hamid berkata perkhidmatan berkenaan boleh didapati di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Wisma MBSA dan di pejabat cawangan MBSA.
"Setakat ini MBSA sudah ada 10 pengecas EV dengan kerjasama Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) sebelum ini. Sekarang sudah banyak syarikat swasta berminat untuk bekerjasama dengan MBSA bagi membina pengecas EV.
"Kami sedang selaraskan dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sebab garis panduannya baru dilancarkan, begitu juga dari Kementerian Pengangkutan. Dari segi teknikal pemasangan ia akan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas persidangan antarabangsa Eastern Asia Society For Transportation Studies (EASTS) ke-15 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Hasbollah di Pusat Konvensyen MBSA, semalam.
Mengulas lanjut Nor Fuad berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian mengikut keperluan serta permintaan dan antara lokasi sasaran untuk penambahan pemasangan pengecas itu adalah di pusat bandar serta pusat beli-belah di Shah Alam.
Julai lalu, kerajaan negeri merancang menyediakan kira-kira 1,000 pengecas EV di kawasan 12 PBT di negeri ini menjelang akhir tahun ini terutamanya di Shah Alam; Petaling Jaya; Subang Jaya; Klang; Kajang serta Ampang Jaya.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar negeri Hee Loy Sian berkata setakat ini terdapat 102 pengecas EV di seluruh negeri ini serta perbincangan sedang giat dijalankan untuk menambah lagi kemudahan tersebut.
Terdahulu, Nor Fuad memaklumkan persidangan EASTS ke-15 yang dianjurkan MBSA itu berlangsung selama empat hari bermula semalam disertai 700 peserta dalam dan luar negara antaranya dari Korea, Jepun, Amerika Syarikat, Sri Lanka, Pakistan, Taiwan dan Sudan.
Katanya, persidangan itu memberikan fokus terhadap isu dan hala tuju berhubung sektor pengangkutan dan teknologi terkini yang digunakan di dalam sektor tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#shah alam
#pengecas EV
#MBSA
#Nor Fuad Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan