Mahkamah Majistret Putrajaya membebaskan 10 individu daripada tahanan reman berhubung kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.
Menurut laporan Utusan Online, tujuh pegawai polis termasuk dua Ketua Polis Daerah masing-masing dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dalam prosiding reman semalam.
Selain itu, tiga lagi suspek yang merupakan orang awam dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dan seorang penjamin.
Mereka sebelum ini direman bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes rasuah tersebut.
Sebanyak 13 suspek, terdiri daripada sembilan pegawai polis dan empat orang awam, telah direman bagi membantu siasatan.
Ia merupakan usaha SPRM untuk membanteras kegiatan rasuah melibatkan pusat judi dan rumah urut haram yang masih berleluasa ekoran sikap tidak berintegriti termasuk dalam kalangan pihak berkuasa.
Ketika SPRM menangkap suspek, mereka menemukan wang tunai RM186,000 daripada kesemua suspek termasuk RM79,000 yang ditemukan di rumah Ketua Polis Daerah Melaka Tengah.
Selain itu, wang tunai RM800,000 juga ditemukan di stor rumah seorang suspek yang merupakan anggota polis berpangkat konstabel.
Jumlah keseluruhan wang tunai yang dirampas daripada 10 suspek terbabit ialah RM986,000.
SPRM turut membekukan RM400,000 daripada beberapa akaun milik suspek.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat May 27 2017
Mahkamah Majistret Putrajaya membebaskan 10 individu daripada tahanan reman berhubung kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka. -Gambar fail
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Mulut pegawai kadet TLDM berbuih, tapak tangan berdarah sebelum meninggal dunia - Saksi
"Walaupun dia tidak memberi respons, dia masih boleh berjalan ke biliknya, dia kemudian duduk di katil..."
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
KWAP hantar RM1.8 bilion ke luar negara tanpa usaha wajar - Saksi
Shahrol Azral berkata tiada usaha wajar dilakukan kerana resolusi pekeliling (DCR) pengarah telah ditandatangani dan diluluskan Najib Razak.
Mahkamah tetapkan 17 Mei dengar rayuan batal saman LFL
Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin yang mewakili kerajaan dan Peguam Negara mengesahkan tarikh pendengaran berkenaan.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Pemandu, kelendan lori didenda miliki karkas babi
Seorang pemandu dan kelendan lori masing-masing didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyeludup 228 keratan karkas babi.
Dua wanita umur 54, 59 tahun didakwa rompak lelaki babit jual beli emas RM300,000
Dua penganggur, Zarina Sinin, 54, dan Safiah Ibrahim, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Edar kanabis, lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan
Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.
Hukuman mati warga Kemboja diganti penjara 60 tahun, sebabkan kematian kanak-kanak, wanita
Hukuman mati diganti dengan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap empat pertuduhan di bawah Seksyen 304(a).