awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 Hari Kerajaan Perpaduan: Tiada perubahan reformasi menyerlah - Willie

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2023
06:08 MYT
100 Hari Kerajaan Perpaduan: Tiada perubahan reformasi menyerlah - Willie
Willie (gambar) berkata, kerajaan dan barisan kabinet dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim Anwar merangka strategi segera dan menyusun semula apa yang perlu dilakukan dalam menangani permasalahan rakyat ini. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan dilihat belum menunjukkan kesungguhan dan satu perubahan reformasi menyerlah dalam merungkai setiap permasalahan dialami rakyat terutama dalam menangani kos sara hidup serta peluang pekerjaan.
Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, kerajaan dan barisan kabinet dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim Anwar merangka strategi segera dan menyusun semula apa yang perlu dilakukan dalam menangani permasalahan rakyat ini.
"Kita perlu merungkai setiap permasalahan dan juga kita perlu susun semula apa yang perlu kita beri penekanan. Rakyat di bawah terkesan dengan kos sara hidup yang meningkat dengan mendadak dan juga kita melihat peluang pekerjaan walaupun ketika ini kadar pengangguran dikatakan telah menurun tetapi rakyat tidak merasakannya.
"Jadi ada perlunya kita melakukan satu strategi formula yang ada supaya kita membantu dua perkara utama pertama, kos sara hidup meningkat dan peluang pekerjaan kepada generasi muda," katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Malah menurutnya, beliau juga tidak melihat kerajaan Malaysia Madani ini mempunyai pelan pembangunan yang konkrit sebagai hala tuju membangunkan semula negara.
Kata beliau, kerajaan perlu melihat cara dan penyampaian baharu untuk mendapat sumber pendapatan negara memandangkan rizab negara dipercayai hanya boleh bertahan dalam tempoh enam hingga tujuh bulan sahaja.
Cadang Willie, kerajaan boleh menggerakkan aktiviti pertanian secara besar-besaran selain sektor industri dengan membawa kepada teknologi baharu yang boleh dijadikan sumber pendapatan negara yang baharu.
"Kita tidak boleh bergantung kepada sumber pendapatan cukai mahupun minyak dan gas kerana kita dalam keadaan dinamik yang boleh berubah. Kita perlu bersedia melibat sumber pendapatan baharu buat Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Willie Mongin
#reformasi
#masalah rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan