awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 murid Orang Asli tercicir kerana sekolah jauh

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
01/01/2019
09:11 MYT
100 murid Orang Asli tercicir kerana sekolah jauh
Kesemua murid yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu tinggal di Kampung Kuala Koh dan Kampung Aring 5 yang terletak hampir 100 kilometer dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi.
Kira-kira 100 murid Orang Asli daripada suku kaum Batek di dua buah kampung di Pos Lebir, Gua Musang tercicir untuk mengikuti sesi persekolahan kerana kedudukan sekolah jauh dari kampung mereka.
Kesemua murid yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu tinggal di Kampung Kuala Koh dan Kampung Aring 5 yang terletak hampir 100 kilometer dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi.
Penghulu Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, walaupun sekolah itu mempunyai asrama, ibu bapa Orang Asli mendakwa mereka tidak rela berjauhan dengan anak mereka dalam tempoh lama.
Difahamkan, kanak-kanak Orang Ali itu tidak tahu menguruskan diri kerana masih kecil hingga menjadikan faktor ibu bapa enggan membenarkan anak mereka tinggal di asrama sekolah.
"Jika dicampur dengan Kampung Kuala Koh hampir 100 murid tidak pergi sekolah kerana tidak berdaftar. Itu merugikan kerana ramai tidak dapat bersekolah," katanya ketika ditemui pemberita.
Sehubungan itu, Orang Asli berharap agar kerajaan dapat membina sekolah berdekatan dengan kampung mereka.
Murid Orang Asli yang tidak bersekolah itu kini hanya tinggal bersama ibu bapa mereka.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#Kanak-kanak
#kerajaan
#kuala koh
#Orang Asli
#sekolah
#tercicir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan