KUALA LUMPUR: Seramai 107,000 individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 menerima bantuan Sistem Insurans Pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan nilai keseluruhan sebanyak RM366.37 juta.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat 14 Mac 2021 pula, Perkeso telah membantu lebih 18,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM85.96 juta.
"Jumlah ini adalah termasuk penambahbaikan Elaun Mencari Pekerjaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021," katanya ketika membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-46 menerusi laman Facebook beliau hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, bagi Elaun Khas Barisan Hadapan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), sebanyak RM565.4 juta telah disalurkan untuk 1.65 juta tuntutan kakitangan perubatan seperti doktor dan jururawat yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak COVID-19, setakat 12 Mac lepas.
Katanya, elaun khas itu juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, Angkatan Pertahanan Awam serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) setakat 15 Jan lalu, pengambilan seramai 3,591 petugas kesihatan kontrak telah diluluskan untuk menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak susulan peningkatan kes COVID-19," katanya.
Beliau berkata, bagi tempoh sama, seramai 2,586 petugas kesihatan yang meliputi skim perkhidmatan Pegawai Sains, Juru X-ray Diagnostik, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat selesai dilantik.
Baki 1,005 petugas kesihatan kontrak masih dalam proses saringan dan dijangka selesai pada hujung bulan ini, katanya.
Dalam pada itu, Menteri Kewangan itu turut memaklumkan, seramai 137,075 peserta program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran diluluskan setakat 12 Mac lepas.
Bagi inisiatif Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya (CENDANA) untuk industri kreatif pula, sebanyak RM2.16 juta telah disalurkan kepada 393 penerima dalam kalangan seniman dan organisasi yang terlibat aktif dalam sektor seni dan budaya Malaysia setakat ini, katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 24 2021
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat 14 Mac 2021 pula, Perkeso telah membantu lebih 18,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM85.96 juta. - Gambar fail
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
107,000 individu hilang kerja dibantu - Tengku Zafrul
Bantuan diterima di bawah Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).