awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

108 terkandas di Nunukan, Indonesia dibawa pulang

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
24/04/2020
00:45 MYT
108 terkandas di Nunukan, Indonesia dibawa pulang
Kumpulan individu berkenaan dihantar ke Institut Pendidikan Guru di Kampus Balung di Tawau untuk dikuarantin selama 14 hari. - Astro AWANI
Seramai 108 lagi individu yang terkandas di Nunukan, Indonesia, tiba di jeti Terminal Feri Tawau melalui kebenaran khas Kerajaan Negeri Sabah, menaiki Feri KM Francis Express pada Khamis.
Kesemua individu yang tiba pada jam 11.11 pagi itu terdiri dari 46 lelaki dan 62 perempuan, termasuk 18 kanak-kanak - berumur antara 2 tahun dan 70 tahun.
Mereka semua dikatakan tidak sempat menaiki feri dari Nunukan dalam fasa ketiga membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas, setelah perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lalu.
Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, 86 daripada mereka adalah rakyat tempatan manakala 22 lagi warga Indonesia pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (Suami/Isteri) dan Pas Tanggungan iaitu suami, isteri atau ibu bapa kepada pasangan warga Malaysia.
Kumpulan individu berkenaan terus dihantar ke Institut Pendidikan Guru (IPG) di Kampus Balung di sini untuk dikuarantin selama 14 hari, bagi memastikan mereka benar-benar bebas dari virus COVID-19 sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing masing.
Operasi ketibaan kumpulan tersebut melibatkan semua agensi petugas barisan hadapan termasuk Jabatan Imigresen, polis, pasukan perubatan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan RELA.
Untuk rekod, jumlah kesemua rakyat Malaysia dan pasangannya yang terkandas di Nunukan dan dibawa masuk melalui kebenaran khas negeri Sabah ialah 236 orang, melalui empat fasa sejak 21 Mac lalu.
Tiga operasi penghantaran pulang terdahulu melibatkan 128 rakyat Malaysia dan pasangan warga Indonesia yang terkandas di Nunukan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#feri
#Indonesia
#kebenaran khas
#kuarantin
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#Nunukan
#Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang
#petugas barisan hadapan
#Sabah
#Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof
#Tawau
#terkandas
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan