awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM

Bernama
Bernama
07/07/2024
06:15 MYT
11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM
BeSS merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh KKM kepada premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi pelbagai kriteria tertentu. -Facebook KKM
TAWAU: Sebanyak 11,783 outlet makanan di negara ini menerima pengiktirafan premis bersih serta selamat (BeSS) dan tiga lagi premis di kawasan Kubota di sini dianugerahkan pengiktirafan sama pada program tinjauan mesra Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
BeSS merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi pelbagai kriteria tertentu.
Dalam hantaran di laman Facebook hari ini, KKM berkata Program BeBAs melibatkan kerjasama di antara pengusaha premis makan dengan pelbagai agensi kerajaan, agensi swasta, rakan sukarelawan, badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO).
Program ini menitikberatkan konsep pemerkasaan masyarakat dalam memastikan peraturan kebersihan makanan dan larangan merokok di premis makanan sentiasa dipatuhi.
"Persekitaran yang bebas tanpa amalan merokok amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat dan ia selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok pada tahun 2040," menurut hantaran itu, pada hari ini.
Sementara itu Dr Dzulkefly dalam hantaran di laman Facebook berkata Tawau merupakan lokasi ketiga pelaksanaan program BeBAs, dan sebelum ini ia diadakan di Persiaran Waterfront Port Dickson serta Jalan Alor, Bukit Bintang masing-masing pada Jun dan Febuari.
"Program ini bertujuan untuk menerapkan pemahaman yang jitu dan pematuhan masyarakat, terutama pengusaha premis makanan dan penjaja, terhadap kepentingan kebersihan premis makanan dan larangan merokok.
"Saya juga telah menyampaikan plak pengiktirafan BeSS kepada premis yang cemerlang. Tahniah kepada semua penerima atas pencapaian anda," katanya dalam hantaran itu.
Dr Zulkefly berkata kejayaan negara dalam memerangi bahana amalan merokok bergantung kepada keterlibatan semua pihak dan individu.
"Tanpa sokongan dan kerjasama anda semua, usaha ini tidak mungkin akan berjaya," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Dzulkefly Ahmad
#BESS
#outlet makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan