KUALA LUMPUR : Kawalan penularan COVID-19 dalam negara semakin baik dengan kes harian baharu kekal di bawah angka 2,000 sejak lebih seminggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, taburan kes COVID-19 mengikut daerah dalam tempoh 14 hari sehingga hari ini turut menyaksikan 11 daerah di Semenanjung Malaysia kembali ke zon hijau.

Katanya, antara daerah itu adalah Hulu Perak dan Kampar di Perak; Kubang Pasu, Padang Terap dan Yan di Kedah serta Gua Musang di Kelantan.

Antara daerah lain adalah Hulu Terengganu (Terengganu); Raub dan Cameron Highlands (Pahang) serta Jelebu dan Jempoh (Negeri Sembilan).

"Sila patuhi segala prosedur operasi standard (SOP).

"Kita perlukan tahap disiplin yang tinggi untuk memutuskan jangkitan COVID-19 dalam negara kita," katanya dalam Twitter beliau di sini, pada Jumaat.