awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 ekor penyu hijau dibunuh, terdapat kesan dilapah dan dimasak

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
02/10/2021
10:37 MYT
11 ekor penyu hijau dibunuh, terdapat kesan dilapah dan dimasak
Pasukan PGA turut menemui dua karung berisi isi penyu yang sudah dimasak, bangkai penyu dan peralatan memasak. - Foto: PGA
SEMPORNA: Dilapah, dimasak sebelum isinya dikumpulkan di dalam karung. Itu nasib 11 penyu hijau yang ditemui ditinggalkan di perairan Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, di sini, hari ini.
Malah, semua bangkai penyu hijau berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dibiarkan mereput dengan perut terburai dibuang merata-rata tempat.
Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, semua bangkai berkenaan ditemui kira-kira jam 6 pagi dalam operasi Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan bersama Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan.
Katanya, sebaik semua bangkai berkenaan ditemui, pasukan operasi turut menemui sebatang kait (alat pencangkuk) dipercayai digunakan untuk menangkap penyu.
“Kita turut menemui dua karung berisi isi penyu yang sudah dimasak, bangkai penyu dan peralatan memasak.
“Pemeriksaan di sekitar lokasi tidak menemui suspek yang dipercayai terbabit dalam aktiviti berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Abdul Rani berkata, semua penemuan termasuk peralatan memasak kemudiannya dirampas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM8,200 berdasarkan harga pasaran semasa.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar (EPHL) 1997,” katanya.
Topic Berkaitan
#Penyu Hijau
#Semporna
#Pasukan Gerakan Am
#hidupan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan