awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 lelaki Indonesia mengaku salah miliki 4,000 kg minyak masak

Bernama
Bernama
18/11/2024
08:10 MYT
11 lelaki Indonesia mengaku salah miliki 4,000 kg minyak masak
Hakim Mazualina Abdul Rashid tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 17 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi laporan kimia sebelum menjatuhkan hukuman. - Gambar hiasan
KAJANG: Sebelas lelaki warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki bahan kawalan berjadual iaitu minyak masak sebanyak 4,000 kilogram tanpa lesen sah, minggu lepas.
Mereka ialah Taufiq, 31; Muhammad Saifun Nur, 25; Mahdi Ismail, 48; Atriman Nurdin, 33; Muhammad Nazari, 48; Muhammad Saidi, 42; Munawar, 25; Ricky, 54; Ikramullah, 23; Muhammad Yani, 20 dan Adrian, 29.
Kesemuanya didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas memiliki barang kawalan berjadual iaitu minyak masak sebanyak 4,000 kilogram dalam keadaan menimbulkan syak yang munasabah di sebuah premis tanpa nama, Jalan Kajang Jaya 1, di sini pada 8.35 malam, 12 Nov lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammad Saiful Saaidin tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kesemua tertuduh tidak mempunyai alamat tetap dan bukan warganegara Malaysia serta memohon mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan untuk laporan kimia.
Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan rayuan.
Hakim Mazualina Abdul Rashid tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 17 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi laporan kimia sebelum menjatuhkan hukuman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak masak peket
#warga Indonesia
#kes mahkamah
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan