awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 suspek Macau Scam direman 21 hari

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/01/2021
07:02 MYT
11 suspek Macau Scam direman 21 hari
Kesemua suspek terdiri daripada 19 lelaki dan tiga perempuan, berusia antara 20 hingga 46 tahun. - Astro AWANI
IPOH:Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu membenarkan 11 suspek yang dipercayai ahli sindiket Macau Scam direman selama 21 hari bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.
Suspek terdiri daripada 10 lelaki dan seorang perempuan.
Pada 30 Disember lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, polis berjaya memberkas 22 anggota sindiket Macau Scam yang baru memindahkan operasi mereka dari luar negara, ekoran pandemik COVID-19, dalam serbuan di Ipoh, sehari sebelum itu.
Kesemua suspek terdiri daripada 19 lelaki dan tiga perempuan, berusia antara 20 hingga 46 tahun.
Siasatan awal polis mendapati, beberapa individu daripada kumpulan itu menjalani latihan selama seminggu di Kemboja pada April 2018 sebelum bekerja di Laos sejak pertengahan tahun tersebut.
Bagaimanapun, kumpulan itu pulang ke Malaysia pada Mei 2020 ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mula beroperasi di sebuah rumah transit di Menglembu, Ipoh pada September tahun lalu sebelum berpindah ke Taiping.
Berdasarkan semakan, kumpulan itu terlibat dalam 29 kes penipuan yang melibatkan kerugian RM360,000 setakat ini.
Sindiket itu menggunakan aplikasi komunikasi terkini di pasaran sebagai medium untuk memperdaya mangsa dan menggunakan ‘dark web’ untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa.
Mereka juga menggunakan aplikasi agensi kerajaan seperti MYEG, portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#suspek direman
#sindiket penipuan
#akta pencegahan jenayah
#POCA
#polis
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan