Sebanyak 110 buah sekolah rendah dan menengah di Segamat diarahkan bercuti esok selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai tahap berbahaya 400.
Pengarah Pelajaran negeri Mohd Nor A Ghani berkata arahan itu membabitkan 39,681 pelajar dan 3,418 guru.
Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 sekolah di Kluang dan 175 sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Arahan itu turut dipanjangkan kepada 171 sekolah kebangsaan dan 40 sekolah menengah di daerah Muar dan Ledang, membabitkan 76,400 pelajar serta 6,846 guru berikutan pengisytiharan darurat akibat jerebu di kawasan berkenaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata 300 sekolah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang yang diarahkan bercuti Jumaat lepas akan dibuka semula esok selepas IPU mencatatkan bacaan yang bertambah baik.
Pejabat pelajaran daerah dan sekolah sudah diarah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa atau penjaga agar semua 187,590 pelajar berkenaan kembali ke sekolah esok.
Bagaimanapun katanya aktiviti di luar kelas masih tidak dibenarkan sementara pelajar, terutama yang mempunyai penyakit asma dan jantung dinasihatkan memakai topeng hidung dan mulut.
Bernama
Sun Jun 23 2013
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Pelajar Columbia sifatkan NYPD kejam, ngeri
Polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
AWANI Ringkas: Selesaikan isu bekalan air, susulan cuaca panas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rundingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Sekolah K9 dan K11 solusi masalah murid keciciran - KPM
Faktor jarak antara tempat tinggal dan sekolah juga menyebabkan ramai murid yang tercicir persekolahan.
Sesi persekolahan menengah mulai 4, 5 April ini diteruskan - Radzi
Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Radzi Jidin berkata persekolahan akan diteruskan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
2.2 juta warga asing bekerja di Malaysia tahun lepas
Menurutnya, 40.5 peratus daripada pekerja asing bekerja dalam kedua-dua sektor itu, manakala 35.9 peratus dalam bidang perkhidmatan dan 23 peratus lagi dalam bidang pekilangan.
110 sekolah di Segamat diarah cuti akibat jerebu teruk
Sebanyak 110 buah sekolah rendah dan menengah di Segamat diarahkan bercuti esok selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai tahap berbahaya 400.