PUTRAJAYA: Bagi memperkasa pendidikan digital negara, Kementerian Pendidikan (KPM) bakal melaksanakan projek rintis membabitkan 550 kelas hibrid di 110 sekolah terpilih di seluruh negara bermula November depan.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, 110 sekolah di seluruh negara itu turut termasuk Sabah dan Sarawak yang dipilih dengan setiap lima bilik darjah sekolah terbabit akan ditingkatkan sambungan internet untuk membolehkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara hidbrid.
"Ini bermakna guru boleh mengajar dalam bilik darjah dan pada masa sama murid boleh terbabit sama dalam proses itu dengan aktif menerusi penggunaaan komputer riba dan skrin pintar di dalam kelas.
"Pada masa sama juga, murid di sekolah lain dapat akses kepada pengajaran yang dilaksanakan oleh guru terbabit. Dalam konteks ini ia memudahkan perkongsian pengajaran, yang mana guru di sekolah tertentu ingin membawa murid mereka mengikuti pembelajaran atau topik tertentu dengan guru lain di sekolah lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Transformasi Pendidikan: Pemerkasaan ICT di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 18(1), di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu Radzi berkata, pihaknya kini pada peringkat akhir untuk proses pemilihan sekolah bagi memastikan kelas berkenaan dapat diadakan dengan kadar segera.
"Kita akan tingkatkan hubungan capaian internet di bilik darjah terbabit supaya kelajuannya dapat penuhi keperluan untuk laksanakan kelas hibrid ini.
"Dalam lima bilik darjah ini kita akan sediakan televisyen pintar dan peranti berkaitan untuk membolehkan guru yang sedang mengajar boleh dilihat secara langsung oleh murid yang lain.
"Maknanya, kalau lepas ini cikgu hendak berkongsi PdP dengan guru di sekolah lain, dan kalau cikgu sekolah A nak bagi murid sekolah lain tengok, ia dibuat secara dalam talian dan secara langsung.
"Begitu juga situasi sekiranya ada cikgu yang tidak hadir sekolah, ajar subjek Sains, tidak ada cikgu hendak mengajar, jadi boleh bawa masuk dalam kelas hibrid ini, masuk dalam siaran berkaitan, sekolah mana yang ada ajar subjek sama ketika itu, murid boleh tengok cikgu sekolah terbabit mengajar," katanya.
"Dalam masa terdekat kita akan maklumkan bagaimana untuk akses, mungkin guna aplikasi DELIMa, atau 'Digital Educational Learning Initiative Malaysia', jadi contohnya cikgu sekolah B sedang mengajar subjek Sains, sekolah A nak tengok juga, jadi akan ada pendekatan atau sistem yang diguna untuk akses kepada pengajaran itu nanti," katanya.
Dalam perkembangan lain, Radzi berkata, pendekatan sewa guna bagi perolehan komputer riba dan peranti teknologi lain untuk kegunaan sekolah dilihat dapat mengurangkan beban pelbagai pihak bagi menyelenggara peralatan itu sekiranya berlaku kerosakan.
Katanya, perkara itu antara transformasi KPM bagi mengoptimumkan penggunaan komputer riba dan peranti berkaitan seperti projektor dan mesin pencetak selaras dengan keperluan pendidikan digital di institusi pendidikan.
"Pembekal akan baiki sekiranya berlaku kerosakan peranti dan ia dapat memberi satu kelegaan kepada sekolah di seluruh negara khususnya pentadbir sekolah untuk tangani masalah kerosakan komputer," jelasnya.
Astro Awani
Sat Aug 20 2022
Radzi berkata, 110 sekolah di seluruh negara itu turut termasuk Sabah dan Sarawak yang dipilih dengan setiap lima bilik darjah sekolah terbabit akan ditingkatkan sambungan internet. - Gambar BERNAMA
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
KPM tempatkan 13,749 guru baharu di seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah menempatkan seramai 13,749 guru baharu setakat tahun ini dalam usaha menyelesaikan isu kekurangan guru secara berperingkat dengan kerjasama SPP.
Kekurangan guru: KPM tawar 100 peratus kuota pengambilan kepada calon PSIMP
KPM melaksanakan pendekatan baharu bagi mengatasi isu kekurangan guru dengan menawarkan keseluruhan kuota pengambilan kepada calon program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP).
MPM bakal terbitkan buku braille kod klasifikasi pertama dunia
MPM melangkah lebih jauh apabila bakal melancarkan buku Braille IPC Kod Klasifikasi Atlet khas untuk atlet yang mempunyai masalah penglihatan.
Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.