Skip to main content

Sukan

Terbuka Perancis: Atasi Indonesia, dua beregu lelaki negara ke final, penantian 22 tahun berakhir

Gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mudah mengatasi Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 22-20, 21-9 untuk ke final. - Foto Astro ARENA
Gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mudah mengatasi Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 22-20, 21-9 untuk ke final. - Foto Astro ARENA

Advertisement

DUA beregu lelaki negara mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Perancis selepas masing-masing menewaskan lawan dari Indonesia di Arena Grand Paris awal pagi tadi.

Gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun tidak berdepan masalah untuk menewaskan Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-16, 21-15 untuk ke final.

Turut menempa tiket final ialah gandingan senior dan pilihan keenam kejohanan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, yang turut mudah mengatasi Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 22-20, 21-9.

Dengan kejayaan itu, Malaysia sah akan menjulang kejuaraan menerusi salah satu daripada dua beregu berkenaan dalam aksi final hari ini.

Sebagai rekod, kali terakhir beregu lelaki negara memenangi Terbuka Perancis ialah menerusi Gan Teik Chai dan Koo Kien Keat pada 2004.

Kejayaan kali ini akan menyaksikan Malaysia menamatkan kemarau 22 tahun untuk bergelar juara Terbuka Perancis dalam sektor berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement