awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

111 sekolah di Pasir Gudang dibuka semula

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2019
02:25 MYT
111 sekolah di Pasir Gudang dibuka semula
Pelajar dan guru di sekolah terbabit masih menggunakan topeng mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga. -Astro AWANI
Sejumlah 111 buah sekolah di Pasir Gudang yang ditutup sejak 13 Mac lalu susulan bencana pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim dibuka semula hari ini.
Bagaimanapun, pelajar dan guru di sekolah terbabit masih menggunakan topeng mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga.
Tinjauan di sebuah sekolah terjejas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2 mendapati pelajar mula memenuhi pekarangan sekolah seawal 7 pagi lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Aminolhuda Hassan berkata kehadiran pelajar ke sekolah hari ini mencapai tahap memuaskan.
Ia berdasarkan laporan di mana lebih 90 peratus kehadiran pelajar di sekolah terjejas.
Ditanya mengenai silibus yang tertinggal berikutan penutupan sekolah lebih dua minggu, Aminolhuda yakin guru-guru terlibat mampu menangani isu itu dengan baik.
"Saya yakin dan percaya sebab semua guru merupakan tenaga profesional. Yang dah biasa mengajar.
"Dalam hal ini saya yakin kemampuan guru menghabiskan silibis dengan pantas dan pada masa sama para pelajar dapat memahami apa yang dipelajari. Itu yang penting," kata Aminolhuda.
Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan ke sekolah yang terjejas akibat pencemaran bahan kimia.
Sementara itu, sebanyak 355 pelajar yang terjejas pencemaran itu sudah menghantar permohonan mendapatkan Takaful Pelajar Sekolah Malaysia.
Ia membabitkan pelajar yang dirawat di hospital dengan bayaran RM25 sehari.
Sebelum ini, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menangani pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim memutuskan untuk menghentikan operasi di sungai berkenaan pada 19 Mac lalu.
Topic Berkaitan
#111 sekolah di Pasir Gudang
#Aminolhuda Hassan
#bencana pembuangan bahan kimia
#Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan
#SMK Pasir Gudang 2
#Sungai Kim Kim
#topeng mulut dan hidung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan