awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

113 mangsa banjir di Bukit Gantang dipindahkan ke PPS

Aida Aziz
Aida Aziz
04/11/2022
21:45 MYT
113 mangsa banjir di Bukit Gantang dipindahkan ke PPS
Setakat ini, hanya satu PPS dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas susulan banjir kilat di Bukit Gantang. - Foto APM Perak
BUKIT GANTANG: Seramai 113 orang mangsa banjir daripada 31 buah keluarga di Kampung Sungai Petai, Changkat Jering, di sini, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Masjid Changkat Ibol malam tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) berkata, ia susulan hujan lebat berterusan yang melanda beberapa kawasan di sekitar Perak.
"Daripada 31 keluarga yang terlibat, ia merangkumi lelaki dewasa (28), wanita (46), kanak-kanak lelaki (13), kanak-kanak perempuan (12), bayi perempuan (1).
"Selain itu turut termasuk warga emas lelaki (9) dan warga emas wanita (4)," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, setakat ini hanya satu PPS dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas susulan banjir kilat itu.
Sebelum ini, media melaporkan beberapa kawasan di sekitar Bukit Gantang dilanda banjir kilat, iaitu Kampung Cheh, Kampung Senduk Hulu, Kampung Bukit Cempedak dan Kampung Changkat Ibol.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#hujan lebat
#bukit gantang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan