awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,152 PATI rentas sempadan Sarawak ditahan sehingga 15 Ogos lalu

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
15/08/2021
11:20 MYT
1,152 PATI rentas sempadan Sarawak ditahan sehingga 15 Ogos lalu
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Mancha Ata memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti individu atau kumpulan tertentu yang cuba menyeludup migran ke dalam negeri Sarawak. -Foto Astro AWANI
KUCHING: Sejumlah 1,152 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditangkap kerana merentasi sempadan di seluruh Sarawak dalam tempoh 1 Januari hingga 15 Ogos 2021 manakala 540 lagi PATI diusir ketika cubaan memasuki negeri melalui jalan yang tidak diwartakan.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Mancha Ata, kesemua PATI berkenaan ditangkap atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Sementara itu 252 'tekong darat' yang disyaki menjadi dalang dalam penyeludapan migran telah ditangkap.
Daripada jumlah itu,172 individu telah dituduh di mahkamah manakala 80 lagi masih dalam proses melengkapkan siasatan sebelum tindakan lanjut dibuat.
Kes akan disabitkan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang mana boleh dikenakan hukuman penjara untuk tempoh 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
“Pihak PDRM Sarawak juga telah mengenal pasti individu atau kumpulan tertentu yang cuba menyeludup migran ke dalam negeri Sarawak. Tindakan yang drastik akan diambil oleh pihak polis bagi mengekang aktiviti seumpama ini.
“Modus operandi kegiatan ini sentiasa dikaji selidik walaupun taktik dan teknik individu serta kumpulan terbabit sering berubah-ubah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mancha memberi jaminan PDRM Kontinjen Sarawak akan terus komited dalam usaha untuk memperkasakan serta memperketatkan kawalan keselamatan sempadan negeri khususnya di Lundu, Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu.
Tambahnya, selain membanteras pembolosan sebarang bentuk jenayah, ia juga penting untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#pati
#COVID-19
#Akta Imigresen
#PDRM
#pendatang asing
#penyakit berjangkit
#pesuruhjaya polis
#penjara
#Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan