awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,172 pusat asuhan diperiksa hingga Oktober, 373 notis dikeluarkan - KPKT

Bernama
Bernama
15/12/2025
07:30 MYT
1,172 pusat asuhan diperiksa hingga Oktober, 373 notis dikeluarkan - KPKT
Aiman Athirah berkata bagi institusi pendidikan rendah dan menengah swasta pula, sebanyak 234 pemeriksaan telah dilaksanakan bagi tempoh sama dengan 41 notis dikeluarkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menjalankan 1,172 pemeriksaan terhadap pusat asuhan kanak-kanak di seluruh negara hingga Oktober lepas, dengan 373 notis dikeluarkan kepada premis yang gagal mematuhi peraturan keselamatan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata bagi institusi pendidikan rendah dan menengah swasta pula, sebanyak 234 pemeriksaan telah dilaksanakan bagi tempoh sama dengan 41 notis dikeluarkan.
"Kementerian melalui JBPM akan melaksanakan penguatkuasaan melalui aktiviti menghapuskan bahaya kebakaran terhadap premis, secara berjadual.
"Ini bagi memastikan premis berkenaan sentiasa mematuhi syarat ditetapkan dan tidak melakukan apa-apa pindaan pengubahsuaian terhadap premis yang diluluskan kelulusan bagi pelan asal," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Prof Emeritus Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman mengenai langkah dalam memastikan pusat asuhan serta institusi pendidikan rendah dan menengah swasta kanak-kanak yang banyak beroperasi di kompleks perniagaan dan rumah kedai, mematuhi peraturan keselamatan ditetapkan.
Menurut Aiman Athirah, kementerian sangat menyokong penglibatan pelbagai pihak pemegang taruh dalam memacu pembangunan sektor pendidikan swasta menerusi usaha mempermudahkan proses kelulusan lesen premis perniagaan, tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan pematuhan terhadap undang-undang berkuat kuasa.
Beliau berkata antara keperluan keselamatan yang wajib dipatuhi ialah pemasangan sistem keselamatan kebakaran, penyediaan sekurang-kurangnya dua laluan keluar termasuk pintu dan tangga keluar, pembinaan dinding pengasingan, penempatan alat pemadam api di laluan keluar mudah dilihat, had aktiviti memasak serta pemasangan alat pengesan asap jenis kendiri.
"Pada 2024, sebanyak 1,208 lesen premis perniagaan telah diluluskan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT). Dalam tempoh itu, 723 operasi pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan syarat kelulusan lesen premis dilaksanakan PBT, dengan 61 tindakan kompaun serta lapan notis dikeluarkan kepada pemilik lesen.
"Manakala pada 2025, sebanyak 1,737 lesen diluluskan dengan 472 operasi pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan yang membawa kepada pengeluaran 96 kompaun serta 23 notis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#pusat asuhan
#Aiman Athirah Sabu
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan