KUALA LUMPUR: 12 lagi lokaliti dikenakan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 22 Ogos hingga 4 September ini membabitkan Sabah dan juga Pahang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), sembilan lokaliti tersebut membabitkan negeri Sabah manakala tiga lagi adalah di Pahang.

Di Sabah empat daripadanya membabitkan Daerah Kota Belud iaitu Kampung Kulambai, Kampung Labuan, Kampung Ambong Tulos dan Kampung Tuguson.

Dua lokaliti di Lahad Datu turut dikenakan perintah yang sama iaitu Perumahan Ladang Cantawan, Silabukan dan Perumahan Lestari Felda Sahabat 48.

Manakala dua lokaliti membabitkan Taman Millenium dan Taman Kinabutan Ria di Tawau turut dikenakan PKPD selain Kampung Tangkuyan, Tongod.

Sementara itu di Pahang pula dua lokaliti di Mukim Sungai Karang, Kuantan dikenakan PKPD membabitkan Taman Balok Makmur dan Kampung Seberang Sungai Ular.

Selain itu Flat Damai Taha di Temerloh juga dikenakan PKPD.

Dalam kenyataan yang sama juga MKN turut memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKPD di Bandar Sinsuran, dan University Condominium Aparment Fasa 2 selain Rumah Murah Kepayan di Kota Kinabalu.

Tempoh yang sepatutnya berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 4 September depan.

17  lokaliti ditamatkan tempoh PKPD bermula hari ini dan esok membabitkan 1 di Ranau, Sabah, 5 di Pahang dan 11 di Perak.