awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 maut, 87 cedera pertempuran di Tripoli, Libya

Bernama
Bernama
28/08/2022
03:27 MYT
12 maut, 87 cedera pertempuran di Tripoli, Libya
Asap hitam kelihatan di udara di kawasan terjadi pertempuran di Tripoli, Libya, 27 Ogos 2022. REUTERS
TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala 87 lagi cedera semasa pertempuran berterusan di ibu negara Libya, Tripoli, menurut Kementerian Kesihatan negara itu pada Sabtu, lapor Xinhua.
Beberapa hospital dan pusat perubatan di bandar itu turut rosak akibat kejadian itu, dan pasukan perubatan tidak dapat mengakses kawasan tertentu di Tripoli bagi membantu orang awam yang membuat panggilan kecemasan.
Pertempuran ganas meletus lewat Jumaat di pelbagai lokasi di Tripoli antara kumpulan bersenjata yang berpihak kepada dua kerajaan yang bersaing untuk memerintah negara itu.
Kerajaan Perpaduan Nasional yang berpangkalan di Tripoli pada Sabtu mengecam pertempuran itu dan menuduh bakal perdana menteri Fathi Bashagha sebagai "pengkhianat dan penderhaka".
Pada hari yang sama, Misi Sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Libya menyuarakan kebimbangan terhadap pertempuran yang berterusan, "termasuk kejadian tembakan sederhana dan berat secara sembarangan di kawasan kejiranan awam di Tripoli".
Misi PBB menyeru permusuhan dihentikan segera dan mengingatkan semua pihak untuk memenuhi "kewajipan mereka di bawah hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan demi melindungi orang awam dan harta benda awam".
Pada Februari, Dewan Perwakilan Libya, atau parlimen, melantik kerajaan baharu yang diketuai Bashagha.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Abdul-Hamed Dbeibah yang berpangkalan di Tripoli enggan meletak jawatan, dan berkata kerajaannya akan terus bekerja dan hanya menyerahkan jawatan kepada kerajaan yang dipilih rakyat.
Libya mengalami ketidakstabilan politik dan huru-hara sejak kejatuhan Muammar Gaddafi pada 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertempuran
#Libya
#Fathi Bashagha
#kumpulan bersenjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan