awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 warga asing diburu berhubung pembunuhan

Bernama
Bernama
31/12/2012
10:06 MYT
12 warga asing diburu berhubung pembunuhan
Polis sedang memburu 12 warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tiga warga Myanmar di Bukit Cepar, Tanjung Piring, Kuala Nerang, Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Zakaria Ahmad berkata polis yakin mereka masih berada di kawasan berhampiran tempat pembunuhan.
"Berdasarkan maklumat yang diperolehi, mereka tinggal berasingan di beberapa tempat kawasan hutan Bukit Cepar. Polis akan berusaha memberkas mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Isnin.
Mayat mangsa ditemui di hutan Bukit Cepar pada pukul 11.30 malam selepas seorang mangsa yang terselamat membuat laporan polis dengan bantuan orang ramai tengah hari Ahad.
Polis menemui sebilah parang di tempat kejadian sementara motif pembunuhan masih disiasat.
Zakaria berkata mangsa yang dibunuh dikenali sebagai Mgkhing Thaung, 38; Latinmaung, 21, dan Mgthanshwe, 16, yang ketiga-tiganya mempunyai talian persaudaraan.
Mereka menoreh getah di Tanjung Piring.
Topic Berkaitan
#ACP Zakaria Ahmad
#Myanmar
#Pembunuhan
#penjenayah diburu
#pergaduhan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan