awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

120 PATI, dua tekong ditahan - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/09/2020
07:34 MYT
120 PATI, dua tekong ditahan - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak penguat kuasa turut merampas tiga buah kapal serta empat kenderaan darat. - Gamvar fail/BERNAMA
Seramai 120 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong ditahan dalam Operasi Benteng pada Selasa.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu, pihak penguat kuasa turut merampas tiga buah kapal/bot serta empat kenderaan darat.
Katanya, daripada jumlah itu, sembilan PATI ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pengkalan Kubor, Kelantan kerana memasuki negara melalui laluan tidak sah sementara lima lagi di Teluk Penawar, Bandar Penawar, Johor kerana tidak ada dokumen pengenalan diri yang sah.
Menurut beliau, mereka ditahan ketika 79 sekatan jalan raya Operasi Benteng yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).
"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutamanya di lorong tikus," katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, pada Rabu.
Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri berkata, pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang memeriksa 1,335 premis pada Selasa memberi nasihat kepada 19 premis yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"KPDNHEP juga telah melakukan pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 654 premis perniagaan termasuk peruncit (455), pemborong (169) dan pengilang (30).
"Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi," jelasnya.
Pada masa yang sama, Ismail Sabri menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri terutamanya ketika aktiviti jual beli barangan keperluan harian.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#Polis Diraja Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan