awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina

Khalis Khadir
Khalis Khadir
03/12/2024
06:31 MYT
122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina
Menurut Fadhlina Sidek, berdasarkan analisis data yang berakhir pada 30 Oktober lalu, seramai 48,308 murid atau 39.58 peratus berjaya menguasai kemahiran asas 3M. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 122,062 murid Tahun Satu iaitu 27.24 peratus, dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) selepas tiga bulan memasuki sesi akademik 2024/2025.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, ia hasil saringan pengesanan awal literasi dan numerasi terhadap 448,113 murid.
Jelas Fahlina, murid berkenaan mengikuti Program Intervensi Tahun Satu Fasa Satu dan diberi bimbingan secara berfokus melalui pendekatan pengajaran yang lebih intensif dari Julai hingga September lalu.
Berdasarkan analisis data yang berakhir pada 30 Oktober lalu, seramai 48,308 murid atau 39.58 peratus berjaya menguasai kemahiran asas 3M.
"Murid ini kembali mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kelas biasa, manakala 73,754 murid atau 60.42 peratus yang belum mencapai tahap penguasaan meneruskan intervensi untuk Fasa Dua bagi tempoh tiga bulan sehingga Disember.
"Bagi murid yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M selepas menjalani intervensi Fasa Dua, mereka akan dicalonkan untuk mengikuti intervensi dalam Program Pemulihan Khas dilaksanakan guru pemulihan apabila di Tahun Dua.
"Ini meliputi bimbingan secara intensif untuk memastikan mereka mendapat perhatian sewajarnya hingga mampu mencapai tahap literasi dan numerasi," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai status semasa pelaksanaan Intervensi Kurikulum Murid Tahap Satu bagi menangani isu keciciran pembelajaran.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#KPM
#kemahiran 3M
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan