Skip to main content

Malaysia

1,284 individu ditahan menerusi Op Bersepadu Khazanah - Perhilitan

71674669380_PERHILITAN.jpg
Op Bersepadu Khazanah merupakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu bagi membanteras keiatan pemburuan haram, penyeludupan hidupan liar serta pencerobohan kawasan perlindungan hidupan liar dan hutan. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,284 individu ditahan menerusi 96 operasi dalam pelaksanaan Op Bersepadu Khazanah (OBK) di seluruh negara sejak 2019 hingga 31 Julai lepas.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Mohammad Khairi Ahmad berkata daripada jumlah itu, 961 individu yang ditahan merupakan warga tempatan manakala 323 lagi warga asing.

“Sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 903 kes tangkapan direkodkan dengan nilai keseluruhan sitaan sebanyak RM426.90 juta.

“Operasi yang dilaksanakan turut berjaya mengesan 2,869 jerat yang dipercayai dipasang bagi tujuan pemburuan hidupan liar,” katanya pada sesi perkongsian kes sempena Sambutan Hari Renjer Sedunia 2026 peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Mohammad Khairi berkata operasi berkenaan turut merekodkan 933 kesan khemah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pencerobohan atau pemburuan haram.

Beliau berkata 3,492 kesan pemburuan dan 2,741 kesan pencerobohan turut dikesan sepanjang tempoh operasi berkenaan.

“Selain itu, 212 kes tebangan atau kerosakan pokok hutan turut direkodkan,” katanya.

Op Bersepadu Khazanah merupakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu bagi membanteras keiatan pemburuan haram, penyeludupan hidupan liar serta pencerobohan kawasan perlindungan hidupan liar dan hutan.

Operasi berkenaan turut membabitkan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa bagi memastikan khazanah alam semula jadi negara terus dilindungi daripada ancaman aktiviti haram.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement