awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 gajah liar rosakkan tanaman di Baling

Bernama
Bernama
26/09/2016
00:13 MYT
13 gajah liar rosakkan tanaman di Baling
Gajah-gajah yang terdiri daripada 10 gajah dewasa dan tiga anak gajah dikatakan semakin bertindak liar sehingga memusnahkan pelbagai tanaman. -FotoBERNAMA
Beberapa penduduk di kampung Sri Ketengga, Mukim Siong di sini mendakwa melihat kehadiran 13 ekor gajah liar sejak minggu lalu yang dipercayai menjadi punca kepada kemusnahan tanaman penduduk.
Seorang petani, Mohd Rosni Md Ali, 49, berkata kumpulan gajah berkenaan, terdiri daripada 10 gajah dewasa dan tiga anak gajah dikatakan semakin bertindak liar dengan memusnahkan pelbagai tanaman miliknya.
Katanya antara yang dimusnahkan gajah-gajah berkenaan adalah seperti pokok kelapa sawit seluas 4 hektar, pokok pisang dan pokok getah dengan nilai kerugian mencecah RM10,000, katanya.
"Saya dan beberapa rakan yang lain ada masuk ke kawasan hutan dan mengintai pergerakan gajah-gajah tersebut di tepi sungai, kami dapati ada 13 ekor gajah yang kelihatan," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
Bagi seorang penduduk kampung, Awang Ahmad Abdullah, 55, kehadiran gajah liar tersebut amat membimbangkan malah beliau pernah melihat beberapa ekor gajah berkeliaran dalam jarak 100 meter dari rumahnya. Justeru itu, beliau meminta pihak berwajib seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengambil tindakan segera bagi membendung masalah tersebut, misalnya melalui pemasangan pagar elektrik.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kedah Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi Bernama berkata hanya dua ekor gajah yang dipercayai berada di kawasan tersebut, bukannya 13 seperti didakwa.
Katanya pihaknya telah mengambil beberapa langkah seperti melakukan tembak halau serta menempatkan beberapa pegawai Perhilitan untuk meronda pada waktu malam.
"Masalahnya kawasan tersebut adalah kawasan hutan simpan yang telah diteroka secara haram, jadi pihak kami tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya," katanya.
Topic Berkaitan
#gajah liar
#kampung Sri Ketengga
#Mukim Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan