awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 individu ditahan bantu siasatan samun kedai emas di Kepong

Bernama
Bernama
08/09/2021
06:03 MYT
13 individu ditahan bantu siasatan samun kedai emas di Kepong
Kesemua warga tempatan berusia 22 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pada 12 tengah hari, Sabtu lepas dan berakhir pada awal pagi Ahad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 lelaki dan tiga wanita dalam beberapa serbuan di Wangsa Maju, di sini, Sabtu dan Ahad lepas bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong, akhir bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kesemua warga tempatan berusia 22 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pada 12 tengah hari, Sabtu lepas dan berakhir pada awal pagi Ahad.
"Kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah membabitkan curi kenderaan, samun dan dadah serta siasatan awal polis mendapati kesemuanya adalah rakan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beh berkata kesemua 13 individu itu kini direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian pada kira-kira 5.30 petang, 22 Ogos itu, empat lelaki dipercayai warga tempatan menyamun kedai emas tersebut.
Suspek dipercayai melarikan sejumlah barangan kemas berupa rantai leher dan rantai tangan yang dianggar bernilai RM50,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun kedai emas
#lelaki direman
#kedai emas Kepong
#rompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan