Skip to main content

Sukan

Badminton: Juara pertama sejak 80 tahun, satu-satunya pemain diangkat selaku ranking nombor satu

Popov menggunakan kelebihan di hadapan peminat tempatan untuk mencipta sensasi sekali gus memperoleh kejuaraan ketiganya selepas Terbuka Jerman dan Terbuka Jepun. - REUTERS
Popov menggunakan kelebihan di hadapan peminat tempatan untuk mencipta sensasi sekali gus memperoleh kejuaraan ketiganya selepas Terbuka Jerman dan Terbuka Jepun. - REUTERS

Advertisement

TAHUN paling berjaya buat Christo Popov!

Kemenangan dalam final Kejohanan Badminton Terbuka Perancis malam tadi menyaksikan dia menjadi pemain perseorangan lelaki tuan rumah pertama menjuarai pertandingan di tempat sendiri selepas 80 tahun.

Henri Pellizza merupakan juara terakhir pada 1946. Popov mengulangi pencapaian itu semalam selepas menewaskan wakil Indonesia, Moh Zaki Ubaidillah, dalam perlawanan rubber set mencecah satu jam permainan.

Pilihan ketiga kejohanan bertaraf super 750 itu mendahului set pertama 21-11, sebelum lawan bangkit pada set kedua 14-21.

Bintang berusia 24 tahun itu kemudiannya menggunakan kelebihan di hadapan peminat tempatan untuk mencipta sensasi sekali gus memperoleh kejuaraan ketiganya selepas Terbuka Jerman dan Terbuka Jepun dalam siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) musim ini.

 

 

Tahukah anda? Dengan kecemerlangannya itu, naib juara Piala Thomas itu akan menjadi pemain pertama dari Perancis dalam sejarah merentasi lima sektor menduduki ranking pertama dunia dalam masa terdekat. 

Must Watch Video

Advertisement