awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 Mei jadi bahan bualan laman sosial

Khairul Wasiril Aswad
Khairul Wasiril Aswad
13/05/2013
07:44 MYT
13 Mei jadi bahan bualan laman sosial
Sempena tarikh 13 Mei yang merekodkan peristiwa hitam tercetusnya sengketa kaum pada tahun 1969, pelbagai kata-kata positif dikongsikan orangramai khususnya golongan muda menerusi laman sosial masing-masing.
Meskipun sentimen perkauman kembali dibangkitkan sesetengah pihak sepanjang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu, generasi baru dilihat seolah-olah tidak termakan dengan hasutan politik kotor berkenaan.
Bagi generasi baru, perpaduan dan kedamaian di antara kaum yang dinikmati hari ini perlu terus dikekalkan dengan harapan detik berdarah itu tidak berulang lagi.
Tragedi hitam bukan dikenang untuk eksploitasi tapi sebagai peringatan yang kita ini berbilang kaum,saling menyayangi,hormat,ehsan..#13mei
— idealism (@faizazizul) May 13, 2013
Saya Melayu. Housemate saya Cina. Kami selalu lepak di restoran India. Dan kami ada kawan dari orang Kadazan dan Iban. #13Mei
— Mladic Namilenko (@comradenami) May 12, 2013
Pandangan mereka sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat menolak segala dakwaan berbentuk ekstremis dan isu perkauman yang tidak sihat.
Menurutnya, kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan kesederhanaan dan merapatkan jurang di kalangan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.
“Umno menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa,” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu.
Justeru Najib turut memberi jaminan untuk meneruskan agenda transformasi yang mengangkat prinsip keadilan sosial sebagai teras pemerintahan mandat yang baru ini.
perkauman adalah ancaman kepada demokrasi #13MEI
— Saifuddin Shafi (@SaifuddinShafi) May 13, 2013
“Kita semua bersaudara, dr keturunan Adam. Kekuatan bangsa bergantung pd mereka. Mereka adlh kita, kita adlh mereka.”-Sunan Kalijaga #13Mei
— Ecah (@Bunga_Edelweiss) May 13, 2013
Rusuhan yang berlaku pada 13 Mei 1969 mengakibatkan seramai 196 orang terkorban, 39 hilang dan lebih 439 yang lain tercedera.
Kejadian meletus akibat sentimen perkauman yang dimainkan oleh calon-calon pilihan raya pada ketika itu.
Topic Berkaitan
#13 Mei 1969
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#laman sosial
#Peristiwa berdarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan