Sebanyak 14 artis Indonesia, antara 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat ( DPR) yang mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen Indonesia untuk penggal 2019-2024 hari ini.
Antara 14 artis itu, dua daripadanya adalah penyanyi yang turut popular di Malaysia iaitu Krisdayanti dan penyanyi lagu "Mahkluk Tuhan Paling Seksi", Mulan Jameela.
Proses angkat sumpah bermula 10 pagi tadi itu di dilakukan di hadapan Ketua Mahkamah Agung, Prof. Dr. H. M. Hatta Ali, di bangunan parlimen Indonesia.
Kawasan sekitar parlimen Indonesia di Jalan Gatot Soebroto, Senayan itu turut dikawal ketat oleh lebih 20,000 anggota pasukan keselamatan, berikutan rentetan kejadian rusuhan sejak minggu lepas, menjelang majlis angkat sumpah itu.
Memetik laporan media tempatan, artis- artis lain yang mengangkat sumpah hari ini adalah Eko Hendro Purnomo, Desy Ratnasari, Dede Yusuf Macan Effendi, Tommy Kurniawan, Primus Yustisio, Rieke Diah Pitaloka, Arzeti Bilbina, Rano Karno, Nurul Arifin, Farhan, Rachel Maryam Sayidina dan Nico Siahaan.
Beberapa siri demonstrasi berskala kecil bermula sejak tiga minggu lepas, menjadi semakin buruk bermula 24 September lepas dan terbaharu malam tadi, apabila ribuan mahasiswa, pelajar dan pihak tertentu mengadakan demonstrasi di luar kawasan parlimen Indonesia, membantah pelaksanaan pindaan Rang Undang-undang Kitab Hukum Pidana (RUU KUHP) atau pindaan undang- undang berkaitan jenayah.
Rancangan pindaan undang-undang itu didakwa mengurangkan kuasa Komisi Pembanterasan Korupsi atau badan yang menangani kes-kes rasuah di Indonesia, menyekat kebebasan hak asasi manusia serta melindungi kepentingan politik pihak-pihak tertentu.
Menurut laporan media tempatan, mahasiswa Indonesia merancang untuk mengadakan lagi demonstrasi besar-besaran petang ini.
Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengarahkan penangguhan undian parlimen terhadap undang-undang itu pada 20 September lepas dan pastinya menjadi tanggungjawab anggota baharu DPR yang mengangkat sumpah hari ini untuk proses tindakan selanjutnya.
Jokowi yang turut hadir pada majlis itu, dijadual mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia untuk penggal kedua pada 20 Oktober ini. - BERNAMA
BACA: Krisdayanti, Mulan Jameela, Rano Karno mula tugas sebagai wakil rakyat 1 Oktober
Bernama
Tue Oct 01 2019
Krisdayanti anggun mengenakan kebaya merah ke majlis angkat sumpah di Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia pada Selasa. - Gambar Instagram KRISDAYANTI
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
Ceritalah Indonesia - Anak muda memberontak: Apa mereka mahu?
Antara 23 dan 30 September, Hamzah adalah salah seorang daripada ribuan pelajar yang membuat bantahan di luar Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menghidupkan semula ingatan pada waktu Reformasi.
14 artis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Indonesia
Sebanyak 14 artis Indonesia, antara 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat ( DPR) yang mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen Indonesia untuk penggal 2019-2024 hari ini
Krisdayanti, Mulan Jameela, Rano Karno mula tugas sebagai wakil rakyat 1 Oktober
Krisdayanti, Mulan Jameela, Desy Ratnasari dan Rano Karno merupakan antara 14 artis popular Indonesia yang akan melangkah ke Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bagi penggal 2019 - 2024
Pernah ke rumah urut di Jakarta? Awas! identiti anda mungkin akan didedah
Naib Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Taufik Kurniawan meminta Hotel Alexis mendedahkan data pelanggan yang pernah berkunjung ke premis berkenaan.