Polis menahan 14 individu yang dipercayai dalam persiapan untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS), di sebuah kedai makan, di Shah Alam, semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada pelajar, pekerja buruh dan pekerja kilang.
Satu kenyataan dari KPN turut mengesahkan bahawa antara mereka yang ditahan termasuk seorang pelajar tingkatan dua dan sebuah keluarga.
Kesemua mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Mereka ditahan berdasarkan pemantauan polis kerana dipercayai sedang bersiap sedia untuk pergi ke Syria melalui Turki," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kolaborasi Strategik Polis Diraja Malaysia bersama MyTeksi.
Beliau berkata polis turut mengenal pasti beberapa individu yang bertanggungjawab merekrut semua individu itu namun enggan mendedahkan dalangnya kerana ia masih dalam siasatan.
"Kita kesan mereka melalui laman sosial seperti Facebook di internet, jadi mereka ini kebanyakannya pergi ke sana secara bersendirian dengan biaya sendiri," kata Khalid.
Beliau berkata polis juga telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menutup laman-laman web seperti Facebook yang dipercayai terlibat dengan kumpulan militan di Syria.
Setakat ini, 22 rakyat Malaysia termasuk tiga wanita dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan manakala 23 individu lagi ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan militan.
Sejak polis mengesan pembabitan rakyat Malaysia dalam perjuangan militan di negara Syria yang bergolak itu, lima orang telah terbunuh dan enam cedera.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, ketika ditanya berhubung sindiket menggodam mesin juruwang automatik (ATM), Khalid berkata polis sentiasa bekerjasama rapat dengan Polis Antarabangsa (Interpol) sekiranya kumpulan itu melarikan diri ke luar negara.
"Biarlah polis siasat perkara ini terlebih dahulu, sama ada mereka yang terlibat masih dalam negara atau di luar negara" katanya.
Sindiket yang dipercayai terdiri daripada warga Amerika Latin menggodam 17 mesin ATM di Selangor, Johor dan Melaka membabitkan kerugian hampir RM3 juta, bulan lepas.
Kumpulan itu dipercayai menggodam sistem ATM menggunakan sim kad telefon dan teknologi telefon canggih tetapi tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka.
Berhubung serangan bom tangan di depan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang, Khamis lepas, Khalid berkata polis sudah mengenal pasti kumpulan yang terlibat.
"Saya enggan mengulas lanjut tetapi apa yang boleh saya katakan, masih ada beberapa saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.
Pada 9 Okt lepas, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain cedera termasuk pelancong asing, dalam serangan bom tangan dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang.
Bernama
Wed Oct 15 2014
KHALID: Mereka yang ditahan itu terdiri daripada pelajar, pekerja buruh dan pekerja kilang.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Kes warga Israel: Polis akan ambil tindakan terhadap beberapa individu - Saifuddin Nasution
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak polis telah mengenal pasti beberapa nama untuk tindakan mereka.
Pemilihan UMNO bukan lonjak kegemilangan individu - Khaled Nordin
Pemilihan UMNO 2023 adalah bagi mewujudkan sebuah pasukan yang mampu memulihkan parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
AS kenakan sekatan terhadap beberapa individu, entiti berhubung hak asasi manusia
Sekatan ini diumum sempena sambutan Hari Hak Asasi Sedunia.
Permohonan pinjaman bank pada Julai 2021 menyusut dengan ketara
Ini seterusnya menyebabkan jumlah kelulusan pinjaman yang lebih rendah, menyusut 16 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
Bantuan Khas COVID-19: Permohonan insentif bagi individu, waris terkesan masih rendah - NADMA
Sekitar 31,218 permohonan sahaja diterima agensi itu daripada mereka yang dijangkiti COVID-19 dan 2,587 permohonan daripada waris.
Polis tahan 16 ahli keluarga susulan kematian seorang lelaki
Polis menahan 16 individu yang merupakan ahli keluarga kepada seorang lelaki tempatan yang mati akibat dipukul di rumah keluarganya di Ladang Baru Kelanang, Banting.
Jangan cemas, individu dikompaun RM10,000 langgar SOP boleh buat rayuan - Ismail Sabri
Nilai kompaun maksimum RM10,000 bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula berkuat kuasa semalam, hanya untuk kesalahan berulang.
Polis Johor belum terima senarai individu dikuarantin daripada KKM - Ayob Khan
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya sehingga kini masih menunggu data berkenaan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
COVID-19: Individu dari Sabah tidak perlu jalani kuarantin 14 hari tetapi...
Mesyuarat Khas memutuskan bahawa tiada kuarantin wajib selama 14 hari bagi mereka yang pulang dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak atau Labuan.
Geran Yayasan Hasanah beri manfaat kepada lebih 100,000 individu - Zafrul
Geran yang diberikan untuk membantu golongan B40, komuniti Orang Asli, OKU dan berkeperluan khas terutamanya yang terkesan COVID-19.